Rumahku Syurgaku

Cerita Indah Dalam Sebuah Rumah

“Rumah ini banyak simpan kenangan indah keluarga. Sayang pula hendak jual dan beli rumah baru.”

Bait bait pertama Tuan Ishak, antara pasti dan ragu meneruskan niat membina rumah impian.

Kami diam. Membiarkan saja Tuan Ishak bercerita. Berkongsi kenangan indah dalam lipatan.

“Diruang tamu inilah majlis harijadi anak sulung pertama. Diruang makan inilah tempat along, angah, acik berhimpun bergurau sambil menikmati jamuan. Diruang dapur inilah isteri tercinta memasak makanan kegemaran kami sekeluarga.” Ceritanya lagi.

Semua keluarga ada cerita indah sendiri. Cerita dalam balutan kemas kasih sayang antara bapa, ibu dan anak anak.

Kenangan Tiada Galang Ganti

Rumah menyimpan sejarah pelbagai peristiwa. Melihat anak membesar dari bayi kepada dewasa. Meraikan pelbagai majlis merapatkan hubungan bersama rakan dan saudara mara.

Sehingga satu waktu, penghuni rumah sangat selesa dan tekad menghabiskan sisa usia yang ada dikediaman yang sama.

Kerana itulah ada pemilik rumah sanggup keluarkan kos tambahan. Hanya untuk mengubah suai kediaman sedia ada. Harga hampir sama dengan membeli satu unit rumah baru.

Bagi mereka kebahagiaan dan kenangan menetap di rumah lama tidak boleh ditukar ganti.

Dan tugas kami memastikan sebesar manapun ubahsuai dibuat. sejarah indah pemilik tetap tersimpan rapi.

 

Kenangan Tiada Galang Ganti

Sebesar manapun dinding lama diruntuhkan, dinding baru tidak menjejaskan memori.

Secantik manapun dapur baru isteri tercinta tetap tidak jejaskan masakan penuh kasih sayang dari air tangan yang sama.

Rumah umpama syurga sementara di dunia. Tugas kami menyempurnakan impian mereka.

(Visited 53 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *