Rumah Terbakar Jangan Terus Panggil Kontraktor.
1. Dapatkan laporan bomba dahulu. Selalunya akan ambil masa 2-3 minggu. Pihak bomba akan keluarkan laporan apa yang rosak dan apa yang wajib dibaiki.
2. Sekiranya rumah ada insuran kebakaran, hubungi ejen mereka. Check berapa value maksima pemilik rumah boleh claim.
3. Senaraikan perabot utama yang juga rosak dan musnah seperti kabinet, katil, almari, barang dan peralatan elektrikal dan sebagainya. Buat anggaran kerugian kemusnahan perabot dan peralatan ini.
4. Proses pembaikan selalunya mengambil masa 6-8 bulan.
-Sekiranya pemilik rumah memang tinggal di rumah itu, maka sepanjang pembaikan pemilik rumah perlu menyewa di luar. Buat anggaran jumlah kos tambahan bayaran sewa, sebab ada polisi yang boleh cover kos untuk penempatan sementara.
-Sekiranya rumah itu adalah rumah sewa, bermakna pemilik telah kehilangan pendapatan untuk tempoh yang sama, buat salinan perjanjian sewa dan slip bayaran sewa untuk dianggarkan kerugian kehilangan pendapatan sewa sepanjang tempoh kerja pembaikan.
5. Setelah laporan bomba keluar dan ejen insuran dah maklumkan value pampasan baharulah panggil kontraktor untuk taklimat lawatan (site visit).
Check dengan insuran sama ada value tersebut termasuk juga dengan pampasan untuk item 3&4, atau khas untuk kerja2 pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor sahaja
6. Pastikan bomba sudah beri greenlight rumah terbakar itu selamat untuk dimasuki. Tanpa kelulusan bomba, anda berisiko terdedah dengan bahaya struktur roboh atau sisa bahan terbakar yang memberi kesan pada paru-paru. Pakai mask dan kasut bertapak tebal.
7. Di hari taklimat, tunjuk pada kontraktor senarai perkara yang rosak dan perlu baiki. Minta juga kontraktor periksa sistem plumbing dan elektrik.
Sekiranya rumah jenis strata, check juga struktur dinding – untuk pastikan dinding masih kuat dan penghuni atas tidak terdedah dengan risiko lantainya mungkin akan reput dan roboh ke bawah.
8. Minta kontraktor keluarkan sebutharga berdasarkan kerja pembaikan yang disenaraikan bomba serta kerja tambahan yang direkomen kontraktor.
-Untuk kerja tambahan minta kontraktor berikan rasional kenapa perlu baiki bagi memudahkan insuran memproses nilai pampasan.
9. Beri ejen insuran – sebutharga kontraktor bersama sijil pendaftaran CIDB.
Pastikan syarat sebutharga yang dikeluarkan oleh kontraktor tertera ‘Laku untuk 120 hari’- takut-takut selepas tuntutan insuran lulus kontraktor beri alasan tak boleh nak buat sebab itu harga 3 bulan dulu.
10. Selepas insuran luluskan tuntutan, panggil kontraktor yang beri sebutharga tadi untuk mulakan kerja.
Jangan pula panggil orang lain dan suruh ikut harga kontraktor yang susah payah keluarkan sebutharga. Tak amanah namanya tu, submit untuk kelulusan insuran – kontraktor A. Tapi bila dah lulus, lantik Kontraktor B.
11. Repair bangunan terbakar memerlukan kepakaran dan ketelitian. Bahan binaan pun ada yang spesifik untuk gantikan kemasan yang pernah terbakar. Kaedah kerja pun tidak sama.
12. Jangan simply lantik kontraktor berdasarkan harga tetapi berdasarkan kompeten mereka untuk baiki rumah yang terbakar
Mahanom Mohammad