Rom itu tidak dibina dalam satu hari

Belajar hidup susah, walaupun kita senang.

Kerana kesenangan hari ini bukan milik mutlak kita. Milik Allah Yang Maha Kaya.

Yang dipinjamkan kepada kita buat sementara.

Bila bila masa sahaja Dia boleh ambil semula.

Dan bila kita hidup susah, jangan salahkan orang lain, jangan salahkan keadaan sekeliling, jangan salahkan pemimpin, jangan juga salahkan takdir.

Allah beri kita semua sama rata. Tinggal cara kita berfikir bagaimana hendak menggunakan apa yang diberi untuk disesuaikan dengan persekitaran sekeliling.

Jangan kata kita tidak tahu, kerana sumber sesuatu perkara itu kini berada dihujung jari. Hanya perlu usaha untuk mencari.

Jangan kata kita tidak boleh, kerana kajian menunjukkan apabila kita rasa kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, sebenarnya kita baru menggunakan hanya 30% daya.

Carilah daya tahan.

Tanamkan daya cekal.

Mantapkan daya saing.

InsyaAllah, selagi kita percaya Allah bersama, selagi kita berusaha bersungguh-sungguh, selagi itulah usaha kita tidak akan mengkhianati hasil.

Apa orang nak kata – letak tepi.

Jumpa orang yang mata lalat – bentengkan diri.

Rancang, tahu strategi, tahu taktik, strukturkan pelan, kemudian kayuh sahaja.

Saat kita rasa terlalu penat, berhenti sekejap ambil nafas dan pecut semula

.Saat kita rasa hampir putus asa, pejamkan mata, tekadkan diri dan bulatkan hati.

Rom itu tidak dibina dalam satu hari.

🪄

Mahanom Mohammad

(Visited 18 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.