Role Model

Untuk mendapatkan apa yang kita mahu, perlu ada strategi yang kita boleh gunakan.

Strategi terbaik boleh kita dapati dengan mencari role model. Dan dalam hal ini, pilihlah role model yang sudah mencapai apa yang kita mahu capai.

Saya sendiri ada ramai role model. Dan mereka semuanya tidak mengenali saya. Ada founder syarikat kontraktor besar, ada gabenor bank negara, ada pejuang modest culture, ada yang punya studio tv sendiri.

Kenapa perlu ada role model?

Setiap kejayaan yang role model kita capai, pasti ada benda yang boleh kita contohi dan gunapakai.

Role model kontraktor saya contohnya, beliau pernah kata pada saya, jangan hurung benda yang sama. Selalu nampak peluang pada setiap masalah. Jangan jadi orang politik, tapi jadilah rakyat yang baik.

Tatkala kontraktor lain menghurung menteri untuk dapatkan projek kerajaan, beliau akan datang beri cadangan projek lain pada kos syarikat sendiri yang akan beri nilai tambahan pada projek kerajaan yang dihurung oleh kontraktor lain.

Kos syarikat? Habis mana untungnya?

Inilah mind set berbeza yang role model saya adaptasi dari 40 tahun dahulu. Dari hanya kontraktor bina jalan kampung hingga bina jalan di negara luar. Usianya sekarang hampir 70 tahun dan saya dok perhati saja apa dia buat hingga hari ini. 😀.

Berbalik semula kenapa ada role model.

Pada setiap role model kita:
– ada pengetahuan yang boleh kita cungkil,
– ada falsafah hidup yang boleh kita ambil,
– ada perlakuan yang boleh kita pelajari,
– ada sistem kepercayaan yang patut kita tahu,
– ada cara fikir yang lebih efektif untuk digunapakai.

Banyak perkara yang kita boleh pelajari dari melihat gerak geri role model kita itu. Ia menjadikan kita lebih bersemangat, dan dapat juga jimatkan masa belajar dari pengalaman mereka.

Dengan adanya role model, ia dapat membentuk dan baiki strategi kita mengikut keperluan dan kekuatan yang kita sedia ada.

Siapa role model anda? Kongsilah.

(Visited 135 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *