Ramai kontraktor berlumba mahu dapatkan projek hanya kerana mahu ada sales, tanpa fikir apakah risiko yang hadir bersama projek tersebut.
Setiap projek yang kita dapat itu ada 7 risiko yang datang bersamanya. Perlu tahu, faham, hadam, buat pelan tindakan dan cara jalan menguruskannya.
1. Risiko Dalaman
Ia berkait rapat dengan keupayaan modal memulakan projek. Perlu tahu bagaimana cara mendapatkan modal kerja untuk memulakan projek. Perlu juga menjaga aliran tunai ketika menguruskan projek. Risiko kos luar jangka boleh menyebabkan projek rugi. Jadual kerja yang disusun berisiko pertindihan dengan kerja segera yang lain. Kelewatan akibat kegagalan menguruskan masa boleh menyebabkan LAD. Dokumentasi yang tidak terurus boleh membuatkan tuntutan menjadi lewat atau ditolak pelanggan.
2. Risiko Nyawa Pengguna
Ini berkaitan dengan keupayaan dan kompetensi kontraktor. Umpamanya, bila tiada tauliah ST Malaysia, tetapi hendak juga usik pendawaian. Tiada kelayakan dan tauliah industri, hendak juga usik struktur bangunan. Sudahnya merisikokan bangunan menjadi cacat, tidak dapat berfungsi dengan baik, mengurangkan nilai hartanah dan membebankan pengurus aset kemudian hari. Membuat kerja tanpa tauliah kompetensi bukan sahaja mencacatkan bangunan, paling bahaya kerana berisiko mendedahkan ancaman kesihatan dan keselamatan pada pengguna bangunan itu sendiri.
3. Risiko Teknikal
Ia berlaku bila ada perubahan dalam pelan struktur asal. Samada perubahan mendadak kerana keadaan tapak bina, atau permintaan pelanggan yang asyik bertukar fikiran. Ia juga berlaku bila keputusan lab report tidak sama seperti yang diharapkan. Atau proses penukuran menjadi berbeza. Belum lagi masa testing and commisioning banyak pula tidak menjadi. Hah, pening kepala dan mulalah garu garu kepala. Bukan sahaja sudah buang masa, tenaga dan wang ringgit, kegagalan teknikal ini boleh juga menghapuskan kepercayaan pelanggan pada kita. Kerana itu, sebagai kontraktor jangan cuba cuba mahu buat kerja arkitek. Jauh sekali cuba mahu buat kerja jurutera
4. Risiko Perundangan dan Pematuhan
Ini berkait dengan dasar kerajaan atau SOP pelanggan. Contohnya selepas Covid 19 diisytihar sebagai wabak, SOP tapak bina diperkenalkan. Atau tiba-tiba pelanggan bertukar peraturan. Ia juga risiko berkait diseret perundangan seperti saman, denda, kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah akta atau perlanggaran kontrak yang ditandatangani bersama. Bagi yang mengamalkan sewa lesen, kartel dan alibaba pula, berisiko didakwa bawah Akta AMLA kerana ‘mencuci duit’ apabila menerima bayaran projek dan menyerahkan kepada pihak ketiga pula.
5. Risiko Luaran
Selalunya ia sesuatu yang di luar kawalan kita. Contoh trend pembeli berubah kepada memilih kontraktor yang berdaftar dan bertauliah. Atau penggunaan peralatan automasi dan bahan binaan pintar. Begitu juga bila berlaku perubahan iklim politik, atau konflik politik seperti yang pernah kami lalui apabila Selangor bertukar tangan dari BN ke PH, dan di waktu yang sama kami mempunyai kontrak maintenance dengan Bangunan SUK. Berpinar sekejap bila banyak perubahan berlaku ikut selera kerajaan baharu.
6. Risiko Krisis
Ini terjadi apabila projek yang dijalankan menarik perhatian orang awam dan dipertikaikan secara terbuka hingga merosakkan reputasi. Contohnya apabila berlaku kemalangan di tapak bina yang mengakibatkan orang awam. Atau projek menjadi viral negatif apabila pelanggan mendedahkan kegagalan menguruskan projek.
7. Risiko Bencana Alam
Ia berkait dengan peristiwa dil uar kawalan. Orang kata ‘Act of God’ atau Kerja Tuhan. Contohnya tanah runtuh, banjir, perubahan iklim, cuaca panas hingga mencetuskan kebakaran, darurat, wabak penyakit seperti Covid 19. Apabila ini berlaku, ada insuran pun tidak dapat membantu. Segala kerugian perlu ditanggung sendiri.
Kontraktor perlu membesarkan cara fikir atau mindset jadi kontraktor kerana mahu jadi kaya
Menjadi kontraktor bukan sekadar buat marketing, dapat projek, sain kontrak, laksana projek dan tuntut bayaran. Ada tanggungjawab besar dibahunya.
Setelah mendaftar di CIDB, ada Akta 520 perlu dipatuhi.
Setelah sain kontrak, ada tanggungjawab projek perlu dipikul mengikut akad kontrak.
Selepas ini, apabila mahu kejar projek, bawa sekali 7 risiko seperti diatas yang perlu dihadapi.
Keterangan gambar:
Risiko harga bahan binaan berubah dalam kontrak juga perlu diperhati.
Bila kos bahan binaan jatuh, kita untung.
Bila kos bahan binaan naik nanti, jangan sampai ada yang sakit jantung.
Bagi kontraktor newbie, dapatkan segera buku panduan kontraktor di sini.