Risiko Kontrak Membina Rumah Yang Perlu Cakna

Perjanjian ubah suai dan bina rumah siapa yang patut sediakan? Kontraktor atau owner rumah.

Kontraktor pun boleh, owner rumah pun boleh.

Yang penting kontrak itu sah dan laku dikemukakan di meja perundangan bila ada pertikaikan antara kedua belah pihak.

Selalunya pihak yang sediakan kontrak akan meletakkan syarat-syarat yang berpihak kepadanya. Dan mengurangkan syarat-syarat yang memberi risiko tinggi padanya.

Dapat kontrak, jangan terus sain. Baca dahulu dan buat pelbagai analisa risiko yang bakal dihadapi sekiranya sesuatu terjadi. Dan pastikan segala kemungkinan risiko itu ada ditulis dalam kontrak akan sebab dan akibat yang perlu ditanggung apabila risiko itu berlaku.

Bagi yang banyak pengalaman, analisa risiko senang dibuat kerana dia sendiri tahu apakah risiko-risiko itu.

Bagi yang tiada pengalaman pula, ini antara risiko-risiko yang bakal dihadapi:

1. Deposit hangus bila kontrak ditamatkan. Sama ada kontraktor lari setelah terima deposit, atau terdapat masalah dengan PBT/CIDB hingga tuan rumah perlu batalkan kerja.

2. Satu pihak dengan sengaja melakukan perlanggaran syarat dengan niat pihak lagi satu menamatkan kontrak.

3. Kos tambahan apabila kerja tidak dapat disiapkan pada tempohnya, cth,

– bagi pihak pelanggan – katalah terpaksa membayar sewa rumah sementara menunggu kerja siap. Ikut kontrak siap 31 Disember, tapi siap 31 Januari. Dan tuan rumah terpaksa membayar sewa rumah tambahan1 bulan.

– bagi pihak kontraktor – katalah terpaksa membayar upah pekerja pada hujung bulan. Bayaran yang sepatutnya diterima pada 27hb November hanya dibayar pada 7 Disember menyebabkan pekerja/tukang/pembekal marah dah berhenti kerja. Nak cari pekerja/tukang baharu ambil masa. Ikut kontrak siap 31 Disember, tapi siap 31 Januari. Dan kontraktor terpaksa membayar denda lewat siap selama 1 bulan.

4. Perubahan kerja yang diarahkan pelanggan tanpa mahu menanggung kos tambahan menyebabkan kontraktor kerugian kerana telah mengeluarkan belanja membiayai kos dahulu.

5. Kegagalan kerja kontraktor yang menimbulkan kecacatan tanpa mahu dibaiki semula oleh kontraktor menyebabkan pelanggan rugi kerana terpaksa mengupah kontraktor lain membaikinya.

6. Kerja diarahkan berhenti oleh pihak berwajib akibat masalah kontraktor contoh pencemaran bunyi, debu, kes kemalangan atau jenayah di lokasi binaan hingga menyebabkan kerja terbengkalai.

7. Kerja juga boleh diarahkan berhenti akibat kecuaian pelanggan mematuhi undangiundang hingga menyebabkan peralatan kerja kontraktor disita/dirampas dan lesen kontraktor digantung.

Sebenarnya banyak lagi risiko yang perlu dihadapi oleh pihak kontraktor dan tuan punya rumah yang terbabit dalam kerja bina rumah dan ubah suai. Sebab itu sangat penting ada kontrak dan memastikan syarat-syarat kontrak menjaga kepentingan kita, tidak kiralah kita kontraktor atau tuan rumah.

Boleh minta peguam sediakan, atau sekiranya kita mendapat kontrak yang diminta ditandatangani, dapatkan nasihat kedua dari mereka yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan selok belok membina untuk menasihati kita perihal kandungan kontrak.

Biar keluar duit sedikit bagi menampung kos ‘nasihat kedua’ ini.

Jadikan ia satu yuran kebijaksanaan.

Daripada terpaksa keluar duit yang lebih banyak, akibat kerugian yang perlu ditanggung kerana tidak peka pada kerja-kerja yang kita tidak ada pengetahuan tentangnya.

🖋

Mahanom Mohammad

Untuk kerja bina rumah dan ubahsuai di Lembah Kelang boleh hubungi team kami di:https://emartech.wasap.my/#binarumahsempurna

(Visited 167 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.