Ramai sudah mula menyedari perubahan besar yang sedang berlaku dalam rantaian perniagaan dan dunia keusahawanan.
Tidak kiralah apa jua industri, samads kontraktor, designer, pelancongan, kewangan, semuanya terkesan.
Ramai usahawan dijangka akan kehilangan bisnes mereka.
Ramai majikan dijangka akan menjadi penganggur.
Ramai pekerja dijangka akan menjadi bos bos dalam bisnes kecil pula.
Industri pemakanan, kesihatan, penghantaran pula antara yang dijangka terus melahirkan permintaan tinggi selepas PKP, sementara industri pelancongan, pengilangan dan pembinaan pula dijangka akan mula merundum.
Jika dahulu, manusia berdagang di pelabuhan, kemudian bertemu di shopping mall, kini transaksi akan banyak berlaku di e-commerce nanti.
The new normal atau tabiat baru sedang mengubah gelagat manusia. Samada kita menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Kita boleh terus duduk di rumah menonton tv, makan minum, tidur, makan dan minum lagi. Melihat perubahan berlaku tanpa buat apa-apa.
Atau kita boleh bangun, re-set pemikiran, re-struktur organisasi, re-model gaya bisnes, dan re-build kekuatan untuk perniagaan jadi lebih baik lagi.