Amalan Kontraktor Untuk Berjaya

Kontraktor yang berjaya selalunya mempunyai amalan tertentu dalam perniagaan mereka.

Amalan yang saya selalu amalkan adalah membina rancangan jangka panjang dan pendek bagi mencapai sasaran yang saya tetapkan. Selain dari itu, sentiasa belajar skil baharu terutama skil yang melibatkan teknologi digital supaya dapat kekal relevan dalam industri selagi diperlukan.

Dalam Islam, ada tujuh sifat mahmudah (sifat terpuji) yang kita boleh selitkan dalam amalan seharian kita meningkatkan kemajuan dalam diri dan perniagaan. Terdapat juga tujuh sifat mazmudah (sifat tercela) yang boleh kita jauhi untuk menjaga kebersihan hati. Tujuh sifat itu adalah seperti berikut:

7 Sifat Mahmudah (Sifat Terpuji)

  1. Kejujuran dengan menjaga integriti dalam semua urusan perniagaan dan tidak melakukan penipuan.
  2. Amanah dengan memastikan tanggungjawab dipenuhi dan tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan rakan kongsi.
  3. Kesabaran supaya mampu mengatasi cabaran dan tekanan dalam projek dengan tenang dan tidak mudah berputus asa.
  4. Keadilan dengan menghormati semua pihak dan membuat keputusan yang adil tanpa berat sebelah.
  5. Rendah Hati supaya tidak sombong walaupun berjaya dan sentiasa bersedia untuk belajar dari orang lain.
  6. Tanggungjawab terhadap setiap tindakan dan keputusan yang diambil dalam menjalankan perniagaan.
  7. Sikap Positif dalam menjaga pandangan positif terhadap situasi, rakan sekerja, dan pelanggan, serta memberi motivasi kepada orang lain.

7 Sifat Mazmumah (Sifat Tercela)

  1. Penipuan dengan menggunakan taktik yang tidak jujur untuk mencapai keuntungan, seperti memanipulasi peratutan, mengaburkan fakta atau membuat janji palsu.
  2. Adu Domba dengan menciptakan ketegangan atau perpecahan antara rakan sekerja atau pihak lain untuk kepentingan sendiri.
  3. Cemburu iaitu merasa iri hati terhadap kejayaan orang lain dan berusaha menjatuhkan mereka.
  4. Sombong kerana merasa lebih baik daripada orang lain dan tidak menghargai usaha serta sumbangan orang lain.
  5. Pemalas dan mengabaikan tanggungjawab dan tidak berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
  6. Tidak menepati janji atau mengambil jalan pintas untuk mencapai matlamat tanpa mempertimbangkan akibatnya.
  7. Keluh Kesah dengan sentiasa merungut tentang keadaan, dan tidak mengambil inisiatif untuk mencari penyelesaian atau memperbaiki situasi.

Kesimpulan

Mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah bukan sahaja dapat membantu kontraktor dalam kerjaya mereka tetapi juga membentuk perwatakan yang positif dan mengukuhkan hubungan baik dengan pelanggan dan rakan kongsi.

Dengan cara ini, kontraktor dapat mencapai kejayaan yang berterusan dalam industri pembinaan.

www.mahanom.com

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *