Strategi untuk Kontraktor yang Berjaya
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan strategi kejayaan yang telah terbukti berkesan dan boleh diamalkan untuk mendapatkan lebih banyak projek.
1. Kajian Pasaran yang Mendalam
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuat kajian pasaran yang mendalam. Gunakan sumber-sumber yang ada dalam tangan dan lakukan analisis SWOT untuk mengenal pasti pasaran mana yang mampu anda kuasai.
2. Memasuki Pasaran Kerajaan
Untuk memasuki pasaran kerajaan, sertai sebutharga dan tender. Jangan biarkan mitos-mitos negatif menghalang anda, seperti kepercayaan perlu mempunyai ‘kabel’ atau ‘kroni’ atau ‘rasuah’ untuk mendapatkan projek. Pengalaman saya sendiri menunjukkan bahawa tidak perlu melibatkan rasuah untuk mendapatkan projek dari agensi kerajaan.
3. Memasuki Pasaran Swasta
Bagi memasuki pasaran swasta, selain daripada menyertai sebutharga, kita perlu mahir dalam menyediakan pelan cadangan yang meyakinkan. Pastikan kita dapat menunjukkan kepada pelanggan bahawa harga, kualiti, dan tempoh yang anda tawarkan menguntungkan mereka.
4. Memasuki Pasaran Domestik
Untuk memasuki pasaran domestik, dalam sektor perumahan, saya mengamalkan pelbagai kaedah pemasaran tradisional dan digital. Ini termasuklah networking untuk mendapatkan rujukan, dan juga personal branding serta SEO di media sosial dan laman web.
5. Pelajari dan Teruskan Meningkatkan Diri
Sama ada menggunakan teknik tradisional atau digital, pastikan sentiasa belajar meningkatkan diri. Cari guru yang ahli dan pakar dalam bidang yang anda ingin pelajari supaya usaha tidak menjadi sia-sia.
Mahanom Mohammad