Saya terima banyak mesej mengenai marketing.
Kenapa usaha marketing mereka tidak berjaya.
Sudah banyak wang ditaburkan untuk digital ads tetapi tiada pulangan.
Saya tanya dua soalan asas, berapakah angka breakeven bila buat marketing plan, dan & ROI bila buat iklan.
Rata-rata tidak pernah dengar apa itu breakeven dan ROI.
Apabila kita tidak tahu breakeven dan membuat kerja marketing tanpa menggira ROI, maka jadilah kerja kerja marketing itu satu kerja yang memenatkan sahaja.
Marketing adalah satu daya usaha memberitahu pasaran akan kewujudan produk atau servis kita. Tujuan utama marketing adalah untuk meningkatkan jualan sesuatu perniagaan. Dengan marketing, separuh dari proses jualan dapat difokuskan untuk memujuk prospek membuat keputusan membeli.
Selain dari itu, marketing juga adalah satu platform untuk membina jenama melalui reputasi dan hubungan baik dengan pelanggan. Setiap kejayaan sesuatu pekerjaan mempunyai satu resipi yang baik.
Dalam marketing, gabungan resipi ini dikenali sebagai marketing mix atau elemen pemasaran yang perlu diadun bersama bagi menghasilkan jualan yang dikehendaki.
Dahulu kala, manusia hanya menjual barang keperluan asas. Marketing Mix yang digunakan dikenali sebagai 4P.
Satu kerja marketing yang bagus adalah apabila dalam kerja-kerja hebahan itu ada 4 adunan ini.
Adunan 1 – Produk atau Perkhidmatan
Kita mesti jelas apakah produk yang mahu dijual atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan. Kita mesti kenali inside out mengenai produk dan perkhidmatan ini dari segi bahan asasnya, unique selling point (usp), spesifikasi, ciri-ciri keunikan yang ada, tempoh boleh digunakan, kaedah pembuatan, fungsi dan sebagainya.
Orang kata, segala hal mengenai produk dan perkhidmatan itu, semua informasinya ada di hujung jari.
Secara tradisinya – produk atau perkhidmatan dibangunkan berdasarkan keperluan atau permintaan pelanggan yang boleh ditafsirkan melalui kajian pasaran, kebolehupayaan pasaran dan permintaan pasaran.
Ada yang lebih berani dalam membangunkan produk atau perkhidmatan walaupun pada waktu itu tiada permintaan di pasaran, sebaliknya merekalah yang akan mencipta permintaan atau mengwujudkan pasaran baharu. Strategi yang selalu digunakan di sini adalah strategi Lautan Biru. Ini antara strategi yang saya gemari dan selalu gunakan.
Adunan 2 – Price atau Harga
Setiap produk atau perkhidkmatan yang hendak dijual itu mestilah mempunyai satu harga sebagai tukaran nilai. Harga yang ditawarkan mestilah satu nilai yang mampu dibayar oleh sasaran pelanggan dan menepati citarasa atau jangkaan mereka. Harga pula mestilah mampu menampung kos perniagaan kita.
Harga produk atau perkhidmatan selalunya dibangunkan berdasarkan kombinasi kos pengeluaran produk + harga pasaran + harga yang sanggup dibayar oleh pelanggan
Ramai usahawan memilih meletakkan harga murah atau setanding harga pasaran. Namun kita perlu tahu, tiada gunanya harga murah jika ia hanya merugikan perniagaan. Dan ingat, harga yang ditetapkan peniaga lain itu, adalah berdasarkan kos perniagaannya yang mungkin tidak sama dengan kos perniagaan kita.
Adunan 3 – Place atau Tempat
Kita mesti jelas di manakan tempat untuk kita edarkan produk dan perkhidmatan tersebut. Perlu ingat semakin jauh lokasi semakin tinggi kos pengangkutan.
Dalam dunia konten pula, place merujuk kepada distribution konten.
Adunan 4 – Promosi
Adunan marketing atau hebahan tidak lengkap sekiranya tiada promosi dijalankan. Setelah produk dan perkhidmatan dibangunkan dan dihargakan, usahawan perlu dan mencari tempat yang sesuai untuk memudahkan pelanggan membelinya dan menjalankan kerja-kerja promosi.
Setiap promosi yang dijalankan mestilah mempunyai mesej yang mampu pengaruhi prospek membelinya.
4P dan Breakeven
Asas pada perniagaan adalah untung.
Untung kasar adalah jumlah jualan suatu produk atau perkhidmatan yang dapat menampung kos produk dan perkhidmatan tersebut
Contohnya apabila kontraktor membina rumah.
Harga rumah itu dapat menampung kos bahan bina, kos upah tukang, kos jentera dan peralatan serta kos direct yang wujud untuk melengkapkan perkhidmatan membina rumahnya.
Untung bersih pula adalah apabila untung kasar tadi dapat menampung kos operasi, marketing, pentadbiran, kewangan dalam menguruskan perniagaannya seperti sewa pejabat, gaji pekerja tetap, gaji sendiri, utiliti, sewa beli kereta atau jentera kerja dan lain lain lagi.
Breakeven adalah jumlah projek yang perlu dilaksanakan untuk memastikan perniagaan itu keseluruhannya mencapai keuntungan tahunan.
Contoh untung kasar satu projek adalah RM20k untuk tempoh 1 bulan.
Kos operasi satu tahun pula RM240k
Maka sejumlah 12 projek minima perlu disempurnakan dalam tempoh satu tahun dengan untung kasar RM240k untuk menampung kos operasi.
Kurang dari 12 projek – bermakna kita akan rugi.
4P dan ROI
RoI atau return of investment adalah kiraan peratus keuntungan yang kita sasarkan apabila membuat kerja kerja marketing.
Contohnya dengan kos fb ads atau mengupah penulis konten sebanyak RM10k, kita mendapat pulangan projek dengan untung bersih RM100k.
Maka ROI = (untung bersih/kos marketing) x % = 10k/100k =10%.
Ingat untuk mendapatkan RoI 10% ini, kita mungkin perlu perlu membelanjakan RM10k mendapat projek bernilai RM5juta bagi mendapatkan untung bersih RM100k.
Gabungan 4Ps, Breakeven dan RoI
Apabila melakukan kerja kerja marketing, ambil tahu gabungan 4Ps, breakeven dan RoI.
Ia membantu kita membangunkan strategi dan pelan marketing.
4Ps adalah satu kaedah tradisional marketing yang digunakan bagi mereka yang hendak berniaga secara offline.
Bagi kaedah secara online dalam digital ekonomi pula, gabungannya semakin diluaskan sesuai untuk kita yang berada dalam era di mana, kerja marketing dilakukan dihujung jari, tanpa sempadan masa dan lokasi.
Dalam digital ekonomi, kebanyakan transaksi jualan berlaku tanpa penjual mengenali dan bersua muka pun dengan pelanggan.