STOK TERHAD Kit Membina Model Perniagaan Untuk Kontraktor Penyaman Udara adalah salah satu dari siri Seni Membina Perniagaan Kontraktor yang wajib dimiliki oleh kontraktor yang memilih untuk menyediakan perkhidmatan dalam sistem penyaman udara. Buku ini akan membantu kontraktor penyaman udara untuk memahami keperluan menguruskan perniagaan secara sistematik dan teratur dengan memulakan rancangan perniagaan mereka.
Antara elemen utama yang dikupas dalam buku ini adalah:
Tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan
Keperluan pengurusan
Merancang Perniagaan
Membangunkan Visi dan Misi
Membangunkan hala tuju dan matlamat
Merancang strategi perniagaan
Merancang pemasaran
Merancang sasaran pasaran
Merancang sasaran pelanggan
Mengenali kehendak dan keperluan pelanggan
Mengenali titik sakit pelanggan
Keperluan pelanggan dipenuhi dengan tepat apabila dapat menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan jangkaan pelanggan apabila mereka tertarik dengan nilai unik yang ditawarkan.
Dengan menyelaraskan perkhidmatan dengan keperluan pelanggan, kontraktor dapat membina kepercayaan dengan pelanggan sekaligus bakal mewujudkan hubungan yang berpanjangan. Seni membina hubungan ini bukan sahaja dapat mengekalkan pelanggan tetapi juga bakal mendapat pesanan berulang dari mereka.
Buku ini telahpun mengupas model perniagaan kontraktor penyaman udara bagi kontraktor pemula dan juga yang hendak mengembangkan perniagaan. Terdapat contoh 7 cadangan Model Perniagaan berdasarkan ciri-ciri perkhidmatan yang ditawarkan seperti:
1. Servis Pemasangan Unit Baharu
2. Servis Perkhidmatan Penyellengaraan Unit
3. Servis Perkhidmatan Kimia
4. Servis Pengisian Semula Gas
5. Servis Kebocoran Air dari Unit
6. Servis Pembaikan Kecemasan
7. Servis Penyelengaraan Berjadual
Buku akan mula di pos pada 21 Mac 2024.
Reviews
There are no reviews yet.