Bimbingan Nasihat Perniagaan ‘One-to-One’K109
Selalu juga ada pelapis industri minta berjumpa untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila mereka menemui kebuntuan dalam menguruskan perniagaan mereka.

Ada yang baharu bermula, ada yang sedang bertatih, ada juga yang sedang laju berlari, tersungkur dan mahu bangun semula dari kejatuhan dalam perniagaan.
Bimbingan yang diberikan selalunya berbentuk eksklusif berdasarkan apakah yang mereka mahukan dalam perniagaan.

K109–1 Newbie Kontraktor
Bagi mereka yang baharu bermula, selalunya saya akan bantu mereka menganalisa SWOT dan mencarigali keunikan yang perniagaan mereka mampu tawarkan bagi memberi kelainan dalam pasaran terbuka.

Kemudian sesi perah otak atau brainstorming dilakukan untuk membangunkan hala tuju perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan impian mereka di masa hadapan.

Tempoh Masa Bimbingan : 4 jam.
K109-2 Membangunkan Perniagaan
Setelah berjaya melepasi cabaran memulakan perniagaan, kontraktor selalunya akan mula merancang untuk membangunkan perniagaan mereka.

Sekiranya semua perkara semasa menjadi newbie dahulu dilakukan keseorangan, kini tibalah masanya membangunkan pasukan dan rakan strategi supaya kerja lapangan boleh diagihkan. Dan kontraktor hanya fokus kepada membesarkan empayar pasarannya.

Disinilah pentingnya membina sistem perniagaan yang betul. Semua proses kerja perlu didokumentasikan dengan tersusun agar dapat menjadi rujukan pasukan sekiranya timbul sesuatu isu atau krisis yang memerlukan mereka membuat keputusan.

Tempoh Masa Bimbingan : 8 jam
K109-3 Membangunkan Proses dan Sistem Dalam Perniagaan
Perniagaan yang mahu berkembang maju, perlu mengubah proses kerja dan membangunkan sistem untuk melancarkan perjalanan harian perniagaan.
Dengan sistem dan proses yang betul, usahawan boleh mendelegasikan semua kerja-kerja lapangan kepada pasukan mereka. Ini dapat menjadikan usahawan memberi tumpuan penuh dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Tempoh Masa Bimbingan : 8 jam
K109-4 Tambahbaik Sistem Perniagaan
Sekiranya perlu saya akan membantu mengaudit sistem kerja sedia ada yang mereka ada dan membangunkan proses kerja yang lebih stabil bergantung kepada pasaran yang mereka mahu tembusi dan takluki.

Tempoh Masa Bimbingan : 8 jam
K109-5 Mengembangkan Perniagaan
Bagi kontraktor yang mahu mengembangkan perniagaan pula, selalunya saya akan membantu mereka membangunkan strategi dan taktik bagi menakluk pasaran niche agar mereka tidak perlu membuang masa bersaing dalam pasaran terbuka dan dapat memberikan perkhidmatan sesuai dengan kepakaran dan kelebihan yang mereka ada.

Pelbagai tools digunakan bagi menganalisa persediaan mereka untuk terus melangkah ke hadapan. Ini termasuk bisnes modul yang sesuai, pembangunan rancangan perniagaan, keperluan bajet dan risiko yang perlu mereka hadapi dan cara menanganinya.

Tempoh Masa Bimbingan : 8 jam
K109-6 Penyelesaian Pemasalahan Dalam Perniagaan
Adakala, dalam menguruskan projek tertentu, ada pemasalahan yang perlukan pintu penyelesaian.

Tugas saya disini adalah mengenal pasti akar masalah, dan membangunkan jalan penyelesaian disamping membantu mereka menukar masalah tersebut kepada peluang baharu di luar zon selesa sedia ada.
Tempoh Masa Bimbingan : 8 Jam.
K109-7 Bimbingan Lengkap Kontraktor
Adakala kita tidak tahu bagaimana mahu bermula dan bantuan mereka yang berpengalaman diperlukan.
Adakala kita tidak pasti bagaimana mahu melengkapkan diri sebelum memulakan langkah pertama dan kita mencari mereka yang sudah berjaya membuktikan formula perniagaan mereka berjaya membawa mereka ke atas.
Adakala kita sudah ada rancangan dan strategi untuk pergi lebih jauh, tetapi perlukan seseorang yang lebih berpengalaman untuk memastikan apa yang rancang itu berada di landasan yang betul dan segala bentuk risiko telah diambil kira sebelum meneruskan langkah-langkah kejayaan.
Saya membantu mereka yang buntu. Kerana saya pernah berada di kasut yang sama.
Tempoh Masa Bimbingan : 3 hari.

Pandemik bukanlah menjadi penghalang untuk menimba ilmu perniagaan. Bagi mereka yang berusaha pasti akan ada sinar dipenghujungnya.
Sentiasa pasakan ilmu dalam diri sebelum melangkah lebih jauh. Ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila sudah dapat, akan di buat, buat, buat hingga terserlah hasilnnya.
Private Consultancy
Memerlukan Bimbingan Tertutup



Macam Mana nak daftar kelas newbie kontraktor tu ?