Perlu ke Rasuah?

Ramai orang kata, mana boleh nak dapat projek clean. Mesti kena rasuah juga.

Dahulu semasa bekerja dalam industri binaan, saya juga ada pandangan yang sama.

Kita melihat majikan melakukannya.

Kita melihat pelbagai bentuk pemberian yang ditukar nama seperti sumbangan, hadiah, entertainment dan lain lain supaya nampak halal.

Paling sadis penggunaan terma “Rezeki Allah kita kongsi sama-sama.”

Kerana itulah apabila suami mahu menceburi perniagaan berasaskan kontraktor, saya tidak mahu.

Tanggapan masyarakat semua kontraktor merasuah dan stigma mesti rasuah untuk dapatkan projek menakutkan.

Maklumlah, kita tidak mahu anak2 dibesarkan dari sumber yang begitu.

Hinggalah suami sebut, rasuah itu pilihan. Tetapkan tauhid dan kuatkan iman. Percaya yang beri rezeki itu Allah, bukan peminta rasuah. Dan hadapi permintaan rasuah sebagai satu ujian yang memaniskan.

Ingat, syurga itu benar. Neraka juga benar.

Malaikat pencatit amalan itu benar. Timbangan itu benar.

Mati itu benar. Hari Pembalasan itu juga benar.

20 tahun mengemudi Emartech, tipulah kami tidak diuji dengan permintaan rasuah berkali kali. Apabila menolak, maka kami dihukum pula.

Disenaraihitamkan dari jabatan.

Ditahan bayaran.

Dibatalkan lantikan.

Dipulau rakan rakan.

Diketawa dan dijadikan bahan jenaka.

Hanya kerana menolak rasuah dan menegakkan agama Allah.

Saya tahu saya tidak berseorangan.Cuma kami golongan minoriti. Bawa diri sendiri-sendiri.

Satu perkara yang sangat saya syukuri adalah lahirnya media sosial, menjadi satu platform untuk golongan minoriti ini bersuara.

Walau suara kami kecil, Alhamdullilah dapat menguatkan pegangan akidah kontraktor baharu yang takut takut mahu menceburi industri kerana sering dimomokkan perlu rasuah.

Apatah lagi, apabila lahirnya golongan yang berpegang kepada rasuah itu sunat, kerana keperluan mendapatkan kerja bagi membayar tanggungan yang ada.

Jangan sesekali gentar berkata tidak pada rasuah.

Jangan buat musuh utama kita iaitu syaitan bertepuk tangan kerana berjaya memujuk kita untuk tunduk patuh pada kehendak mereka.

Jangan takut berhadapan dengan peminta rasuah dan berdiri atas prinsip integriti.

Percayalah, bila projek itu sudah ditetapkan pada kita semenjak lauh mahfuz, kita rasuah pun akan dapat, kita tak rasuah pun tetap akan dapat.

Cuma usaha kita mendapatkan projek dengan rasuah, adalah usaha yang Allah murka.

Dan usaha kita mendapatkan projek dengan berkata tidak pada rasuah, adalah usaha yang Allah redha.

Selamat datang ke industri binaan. Selamat menjadi kontraktor yang Allah redha.

Suburkan industri kita dengan integriti tinggi.

Jika tidak kita yang Islam, siapa lagi?

🖊

Mahanom Mohammad

(Visited 52 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *