Pendapatan Usahawan

Pentingnya usahawan kecil dan sederhana untuk punya tiga jenis pendapatan.

1. Pendapatan harian, untuk menampung kos hari-hari.

++ Pendapatan harian datangnya dari jualan runcit. Kerja kecil kecil. Bayaran COD. Letakkan sasaran RM700 seminggu. Jadi boleh dapat anggaran RM100 sehari.

Untuk kontraktor, buatlah kerja-kerja baiki dan maintenance. Ambil tukang sebagai staf atau orang kompeten. Pergi rumah, pejabat kecil, sekolah tadika dan pelbagai lagi.

Tak dapat RM100 jangan balik ofis (hehe).

Gunakan database pelanggan dan hubungi mereka tawarkan perkhidmatan.

2. Pendapatan bulanan, untuk membayar bil bulanan dan kos tetap bulanan.

++ Pendapatan bulanan boleh diperolehi dengan dua cara.

Pertama, dapatkan kontrak bekalan berkala bagi satu tempoh panjang. Contoh 6 bulan, 12 bulan, 2 tahun. Jadi sepanjang tempoh tersebut ada fix income.

Kedua, bagi kontraktor binaan contohnya, dapatkan projek yang tempoh siapnya juga satu tempoh panjang. Susun atur progres kerja supaya progres tuntutan dan claim bulanan dapat dilakukan. Elak terma tuntutan tak seimbang. Nanti tiga bulan sekali baru dapat buat claim.

3. Pendapatan tahunan, untuk bonus tambahan sebagai reward kerja keras kita.

++ Pendapatan tahunan, adalah kerja bonus sekali jalan. Tempoh pendek contoh tiga empat minggu. Ini sasaran tambahan. Duit bonus untuk beli sesuatu yang diidamkan. Atau bawa saja keluarga bercuti. Kita sebut self rewarding.

Self rewarding penting sebagai pelonjak motivasi.

Tahun ini tanya diri sendiri, autumn nanti mahu bercuti di mana? 
.
.

Aturkan tiga jenis pendapatan ini. InsyaAllah tidak pening pening dan stress lagi. 
.

(Visited 82 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Pendapatan Usahawan”

  1. apa maksud carta tender. sekiranya syarikat tersebut menang dan dapat 20/20 dalam carta tender. apa maksud nya tu20 tu mewakili syarikat yang masuk ke

    1. “Carta tender” ialah rajah atau carta aliran (flowchart) yang menunjukkan keseluruhan proses dan peringkat sesuatu tender — daripada perancangan awal projek sehingga pelantikan kontraktor yang berjaya.

      Untuk nombor pula, kebiasaanya, selepas tutup tender, komittee tender akan susun penender mengikut penilaian harga yang ditawarkan. Yang no 1/20 biasanya adalah yang terendah dan yang terakhir adalah 20/20 kerana harga yang tertinggi.

      Ada juga yang meletakkan nombor mengikut turutan tawaran petender yang dibuka dahulu sebelum membuat apa-apa penilaian. Jika ada 20 tawaran, file no 1 yang dibuka itulah akan jadi 1/20. File terakhir akan jadi 20/20.

      Baca lagi di sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *