Pasaran Dunia Digital

1. Kita, usahawan, penting ada road map. Ia bantu bisnes yang kita pandu untuk sampai ke destinasi dengan jaya, selamat dan ada nilai tersendiri.

2. Semasa RMK11 dikeluarkan pada tahun 2015, saya dapati hanya projek besar sahaja yang dijadikan teras dalam membangunkan negara untuk tempoh 2016 hingga 2020.

Itu tidak memeranjatkan. Projek besar perlu untuk bangunkan ekonomi negara. Dari projek besar ini akan terperciklah limpahan projek kecil untuk kontraktor kecil pula.

Formula yang sama digunakan pada awal tahun 90an. Waktu itu negara baru pulih dari kemelesetan tahun 1988.

Dengan projek-projek besar waktu itulah, lahir ramai kontraktor kecil untuk sambut projek-projek kecil disekelilingnya. Ia lahir kerana ada demand dalam pasaran.

3. Sebagai orang bisnes, bila sudah lihat pasaran menjadi kecil dan berpotensi untuk pupus, kami perlu segera ambil tindakan.

Masih gunakan road map yang sama, cuma adjust sedikit cara pemanduan dan komposisi kenderaan.

3. Emartech mula atur strategi baru waktu itu. Berundur dari pasaran kerajaan buat sementara waktu. Beri tumpuan pada pasaran lain pula.

Dalam RMK11, kerajaan juga ada beri tumpuan dan galakan untuk rakyat mempunyai rumah.

Samada beli rumah yang dibina pemaju. Atau bina rumah diatas tanah sendiri.

Maka kami mula melangkah masuk dalam pasaran itu.

Strategi marketing yang baru juga perlu dilakarkan untuk masuk dalam pasaran baru.

5. Bill Gates ada berkata “Jika bisnes kita tidak ada dalam dunia internet, bisnes kita akan bungkus.”

Ketika itu pemasaran melalui media sosial sedang popular.

6. Kesempatan itu diambil dengan pelajari teknik menulis konten di media sosial untuk bina hubungan baik dengan pembaca di dunia media sosial.

Dengan hubungan baik, diadun dengan teknik positioning dan personal branding, alhamdullilah, trust mula dibina. Ada pembaca menjadi sahabat, dan akhirnya bertukar menjadi pelanggan pula.

7. Social Media Marketing memang power.

Patutlah ramai mahu jadi SMI, insta famous dan youtuber.

Ia lubuk duit yang sangat besar bila tahu gunakan dengan betul.

Dan Social Media Marketing ini hanya sebahagian kecil dari dunia digital.

8. Belum masuk lagi pemasaran dalam dunia digital sendiri.

Permainan SEO, kepelbagaian google melalui maps, drive, my business, ads dan banyak lagi.

Bila dimanfaatkan dihujung jari, ia mampu boost awareness produk, servis atau brand kita.

9. Ini kerana rakyat dunia digital buat window shopping tanpa had masa, sempadan dan lokasi. Bila bisnes kita tidak ujud dalam dunia digital ini, kita sendirilah yang rugi.

10. Kerana itulah bila MARA Pusma Melaka anjurkan program Digital Marketing Mastery khas untuk kontraktor, saya segera rebut peluang dan daftar diri.

11. Mahu belajar tentang integrasi dunia digital, teknik dan taktik agar dapat tambah nilai dalam pelan rancangan jangka pendek dan panjang.

12. Program ini berakhir hari jumaat nanti. Kami didedahkan dengan peluang dan ruang membesarkan pasaran.

Program ini, walaupun untuk kontraktor, ia tiada mata CCD.

13.Kontraktor di era digital sudah celik, untuk hadir majlis ilmu yang berkualiti, CCD bukanlah segalanya bagi bisnes kontraktor kita.

Lagipun mata CCD masih boleh diraih bila ada pelajar IPTA buat LI dengan kita atau melalui kerja amal yang kita buat.

14. Dunia digital marketing ini sudah lama ada. Bukan baru muncul setahun dua.

Bila kita masih leka dan tidak gunakan peluang ini, jangan salahkan orang lain bila bisnes sendiri jadi sendu dan tidak bermaya.

Lama-lama tanpa sedar, kita yang gulung tikar sendiri. Bukan kerana tiada projek dari kerajaan. Tapi kerana bisnes kita tidak duduk dalam pasaran yang sepatutnya.

15. Pasaran Digital sangat besar. Ia wajib ada dalam road map kita.

Rugi bila tidak mahu ambil peluang dan tertinggal jauh ke belakang.

Lambat tinggal.

Lambat lagi bisnes pun meninggal.

Dapat sesuatu?

Artikel Asal

Image may contain: 1 person, smiling, glasses and text
(Visited 38 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *