Pantau 2019, Pelan 2020

Bacaan Asal

1. Awal tahun, selalunya kita sudah letakkan sasaran pencapaian. Apa sasaran visi, misi, jualan, perkembangan dan lain-lain. Dan bila Oktober menjelma, kita perlu buat tiga perkara.

Pertama, lihat pencapaian selama 9 bulan. Januari hingga September.

Kedua, bandingkan dengan sasaran asal semasa strategi dibuat awal tahun.

Ketiga, mula rancang pelan pemasaran untuk tahun hadapan. Rancang sekarang, bukan tunggu Disember.

2. Untuk lihat pencapaian perniagaan, pantauan berkala perlu dilakukan.

Berkala itu bermakna berjadual. Dan awal Oktober adalah waktu terbaik untuk membuat pantauan berkala kali ketiga.

Kali pertama pada bulan April untuk 3 bulan pertama.

Kali kedua pula pada bulan Julai untuk 2 bulan kedua.

Dan kali ketiga untuk bulan September.

3. Orang korporat sebut, suku tahunan pertama (Januari hingga Mac), suku tahunan kedua (April hingga Jun) dan suku tahunan ketiga (Julai hingga September).

4. Bagaimana nak tahu angka pencapaian 9 bulan? Itulah pentingnya memyimpan rekod. Dengan rekod, baru boleh tahu prestasi. Baru boleh ukur pencapaian.

5. Sudah dapat rekod pencapaian, buat analisa.

Jualan untuk sukuan ketiga, mestilah capai minima 75% dari sasaran. Iaitu 9 bulan hasil jualan dari 12 bulan sasaran.

6. Bila tercapai, bermakna kita berada di trek yang betul.

Bila tidak, bermakna bisnes kita sudah cipta satu lubang.

Maka, gunalah baki 3 bulan yang ada. Lari lebih laju. Usaha tutup semula lubang yang tercipta tanpa sengaja.

7. Teliti semula rancangan pemasaran yang dibuat sejak awal tahun.

Kemudian tanya diri sendiri. Untuk baki 3 bulan ini, mampukah kita capai sasaran jika guna rancangan yang sama?

Apakah perubahan yang perlu dibuat untuk pastikan kejayaan berada dalam tangan?

8. Perkara ketiga dibuat bila dapat angka ini, adalah mula menganalisa angka tersebut untuk fikir rancangan tahun depan.

Kena mula fikir sekarang.

Sebab, Bajet Kerajaan 2020 sudah mula hendak keluar.

Letak angka dalam bajet perniagaan dahulu.

9. Bila sudah keluar bajet dan rancangan kerajaan, baru fikir strategi dan taktik mana mahu diguna. Pasaran manakah yangvkita hendak gempur.

Tahun 2020, insyaallah ekonomi akan tumbuh semula.

11. Namun setiap kali iklim ekonomi berubah, taktikal dan teknologi juga akan berubah.

Cara marketing lama memang sudah banyak tak boleh lagi diguna.

Ambil tahu. Upgrade skil dan pengetahuan yang lebih padu. Jika cara fikir kita masih seperti 5 tahun lalu, maka pencapaian kita juga bakal jadi seperti 5 tahun lalu.

Orang lain berbisnes dihujung jari, kita masih gigih melangkah dan berlari kesana sini.

Apa strategi, apa rancangan, berapa besar pasukan.

Apa perlu ada. Bila hendak guna. Di mana jalan keluar andai apa yang dirancang tidk menjadi.

Ini disebut rancangan pengurusan. Ia bukan suka suka.

12. Sudah buat, kena pantau. Pantau bulanan dan berkala. Jika mahu, boleh buat pantaun secara harian atau mingguan.

Sebelum buat apa apa rancangan, jangan lupa doa. Minta pada Dia. Minta ilham baik baik.

Jaga hubungan dengan Allah.
Jaga hubungan dengan Manusia.

Kita merancang. Dia juga merancang.

Rancanglah tahun 2020 sekarang juga.

Lambat, tinggal.

(Visited 52 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *