Modal Projek

Dalam berniaga, ada banyak jenis modal.

Ada modal dibenarkan (authorised capital), modal berbayar (paid up capital), modal terkumpul (accumulated capital) dan modal kerja (working capital).

Modal Dibenarkan atau Authorised Capital adalah modal yang dibenarkan untuk beroperasi oleh syarikat apabila mahu mendaftar syarikat sdn bhd di SSM.

Modal Berbayar atau Paid Up Capital adalah modal yang di bawa masuk oleh pemilik syarikat untuk menguruskan operasi perniagaannya.

Modal Terkumpul atau Accumulated Capital pula adalah modal yang dikumpulkan pada tarikh tempoh kewangan berakhir, selalunya 31 Disember. Ia juga ada ditunjukkan dalam Laporan Penyata Kewangan.

Dan Modal Kerja atau Working Capital pula adalah modal untuk kita gunakan untuk melaksanakan kerja. Kata nama lainnya untuk kontraktor adalah modal untuk projek.

Susah ke nak dapat modal kerja untuk mulakan kerja, tidak kiralah sama ada kerja tersebut ditawarkan oleh agensi kerajaan mahupun dari swasta?

Bila kita pakai topi usahawan kontraktor, insya-Allah tak susah nak dapatkan modal kerja, kerana syarat nak jadi usahawan bukan sahaja kena cekal dan tabah, tapi juga perlu ada kemahiran untuk ligat berfikir selesaikan masalah, termasuklah masalah modal kerja.

Kebiasannya apabila pemilik projek mahu melantik kontraktor, mereka akan melihat keupayaan modal yang kontraktor ada. Terutamanya modal kerja.

Ini kerana untuk memulakan projek, kontraktor perlu ada kecairan tunai untuk melakukan kerja awalan seperti membeli insuran, penyediaan tapak, mobilasasi dan lain-lain.

Bagi kerja yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, atau GLC, kebiasaannya kontraktor bumiputera akan mendapatkan modal kerja melalui skim pinjaman kontrak dari MARA, TEKUN, CGC, Bank Rakyat dan lain-lain.

Bagi projek lebih besar, kebiasaanya kontraktor besar akan mendapatkan modal kerja melalui kemudahan atau fasiliti dari bank komersil seperti OD, LC, dan sebagainya.

Bagaimana pula cara mendapatkan modal kerja bagi kerja-kerja yang diperolehi dari pihak swasta?

Kebiasaannya, modal kerja awal dibiayai oleh pemilik projek sendiri melalui bayaran permulaan seperti deposit. Orang jawa kata -just to start the ball rolling-.

Kemudian diikuti dengan bayaran melalui progres kerja. Ada juga pemilik yang memberi bayaran pendahuluan atau advance sekiranya mereka mempunyai kepercayaan tinggi pada kontraktor tadi.

🖊

Mahanom Mohammad

(Visited 121 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.