Minum Petang

Kejayaan datang dari 20% ilmu dan 80% usaha.

Diiringi doa dan tawakal beserta takdir yang sudah ditetapkan dan boleh berubah.

Bila kita belajar di merata tempat, hadir pelbagai kursus dan program, atau ambil coaching dari pelbagai mentor atau sifu, tapi, bila kita tiada daya usaha pun, tiada gunanya.

Bila ada kerja, kita menangguh.

Bila ada masalah, kita diamkan diri.

Bila ada cabaran, kita pura pura pengsan.

Bila ada sekatan, kita memberontak melawan.

Maka, banyak mana ilmu pun kita hadir. Buatlah NLP, dreamboard vision, atau apa sahaja. Bila kita tidak mahu berusaha, pun tiada gunanya.

Sebab itu bila ada yang mahu belajar, saya suruh buat bajet dulu. Kalau assignment pertama itu pun bertangguh, hilang dari radar, pura pura pengsan – tak payahlah belajar leadership ke, strategy ke, management ke, sales atau marketing ke, revit ke, autocad ke, wbs ke, sebab percayalah – bila bajet tidak dibuat, ada besar kemungkinan kita akan catit rugi.

Projek banyak masuk, tapi duit tak lekat lekat.

Payment banyak masuk, tapi baki bank sentiasa tidak cukup.

Duit banyak keluar, tapi tak tahu pergi mana.

AKhirnya kita dapat penat.

Dan hilang motivasi untuk bekerja.

Sudah buat bajet, baru buat vmo.

Sudah buat vmo, baru buat target.

Sudah ada target, barulah putuskan nak lari di trek mana, atau bermain di padang apa.

Buat kerja jangan sia-sia.

Main hentam keromok.

Nak pujuk hati, kata ikut flow.

Masuk perigi buta dan langgar dinding sahaja.

Paling sadis, bila termasuk belantara puaka, yang puakanya, nak nangis tepi bucu katil pun tak jumpa katil dan bucunya.

(Visited 33 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.