Menjadi Orang Berjaya

3 Cara Menjadi Orang Berjaya

πŸ“ŒPertamanya, surround diri kita dengan orang yang mahu berjaya.

Tidak apa sekiranya mereka masih di bawah, asalkan mereka ada impian mahu ke atas. Kerana, orang yang hendak berjaya, mereka akan sama sama melonjak rakan sekeliling mereka untuk berjaya ke atas. Perkara yang mereka tidak mahu lihat adalah rakan rakan mereka jatuh tersungkur.

πŸ“ŒKeduanya, pilihlah jenis kejayaan.

Apakah kejayaan yang kita mahukan. Contohnya jadi mahu jadi kontraktor jujur, amanah, berintegriti, bertanggungjawab melaksanakan kontrak, atau mahu berjaya melakukan sesuatu yang tidak beretika, contohnya menjadi kontraktor perasuah, kontraktor penipu, kontraktor Ali Baba atau kontraktor yang beri namanya untuk dijadikan proksi.

Bagi yang mahu memilih untuk berjaya melakukan sesuatu yang baik, maka hampirkan diri kepada perkara yang baik, serta jauhi diri dari tips, ajaran atau ajakan yang tidak beretika.

πŸ“ŒKetiga, sentiasa ada minda ‘mahu hasilkan kejayaan’.

Bila kita ada minda tersebut, kita menyediakan diri untuk mengetahui apakah cabaran dalam proses menghasilkan kejayaan tersebut. Kemudian kita ambil tahu apakah perkara yang perlu kita sediakan apabila tiba masanya berhadapan dengan cabaran tersebut.

Kita juga bersedia untuk memikul tanggungjawab yang datang ketika melaksanakan kerja-kerja dalam usaha menaiki tangga kejayaan. Dan kita memikulnya dalam keadaan penuh gembira.

πŸ–Š

Mahanom Mohammad

(Visited 153 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *