Budaya Rasuah di negara kita sebenarnya sudah parah, sudah jadi kanser stage four.
Sudah menjadi satu kudis yang nanahnya sudah terlalu busuk dan tidak boleh dirawat lagi.
Pelakunya seolah sudah mati iman, sudah hilang malu malah bangga melakukannya.
Peraturan perundangan sedia ada pula banyak limitasinya, terutama bila ada peguam mahir memutarbelit soal teknikal, hingga pelakunya boleh bebas dan masih lagi diberi kepercayaan untuk menjaga harta negara.

Kerana itulah saya bersungguh mengajak pelapis industri binaan melahirkan satu budaya baharu.
Kita lahirkan Budaya Integriti.
Benda baik tidak membesar dalam satu dua hari. Ia mengambil masa. Perlu disiram dan dibaja, setiap masa.
Agar bila ia membesar, akan tumbuh subur.
Subur dalam jiwa.
Subur dalam pekerjaan.
Subur dalam iman.
Budaya Integriti – benih yang ditanam, disiram mampu berputik baik. Insyaallah akan menjadi satu pohon besar nan rendang, menjadi tempat pemain industri berteduh. Menjadi naungan industri tumbuh lebih teguh.
Majalah Heights – CIDB Keluaran Mac 2021
Banyak yang saya kongsikan tentang bagaimana mahu kekal relevan dalam perubahan era dan bersedia menghadapi industri 4.0 dalam temubual esklusif bersama Heights.

Tentu sekalilah topik integriti menjadi titik fokus dalam temubual bersama majalah ini.
Heights adalah satu majalah yang diterbitkan oleh CIDB Malaysia.
Untuk keluaran pertama tahun 2021, ada paparan penting tentang CIDB Strategy Plan atau CSP bagi tempoh 2020 hingga 2025.
Pemain industri yang serius mahu berjaya, wajib baca temubual ini.Banyak perkara yang kita boleh serapkan dalam idea bisnes model kita setelah membaca kupasan CSP oleh CEO CIDB, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.
Bagi mendapatkan Majalah Height secara online boleh dimuatturun di sini
Nanti bolehlah juga baca paparan karier di ms 34 hingga 38, tentang ‘Mendorong Kontraktor Berintegriti” temubual dengan Mahanom Mohammad.