
“Puan Mahanom!” tiba-tiba terdengar nama dipanggil ketika berjalan menuju pintu masuk pameran Archidex19.
Toleh belakang. Seorang anak muda datang kenalkan diri. Dia melihat status sebelum ini ajak kawan-kawan minum bersama.
Punyalah sabar dia tunggu kami bersurai dahulu sebelum menegur saya.
Anak muda ini bercerita kisah bisnes kontraktor keluarga. Mahu dapatkan pandang sisi saya.
Sedang kami berbual, datang seorang lelaki muda hampiri.
“Hai, maafkan saya. Saya kesini untuk bernetworking. Ini kad bisnes saya.” Sambil hulurkan kad bisnes beliau.
Saya melihat kad bisnes itu. Agen Unit Trust.
Kami melayan lelaki muda itu sekejap sebelum meminta diri untuk masuk ke bilik pameran.
“Itu contoh terbaik.” Kata saya kepada kontraktor muda ini.
“Dalam bisnes ada banyak cara untuk dapatkan pelanggan. Ia boleh bermula dengan orang yang kita kenal, atau seperti agen tersebut, dia terus saja tegur kita walaupun tahu peluang menjual adalah sangat tipis.”
Saya puji keberanian agen itu menegur kami yang totally complete stranger baginya.
Dahulu, sebelum ujud media sosial, itu juga salah satu cara saya buat marketing.
Beranikan diri telefon arkitek, qs atau sesiapa saja yang boleh beri lead untuk terlibat dalam mana-mana projek.
Dalam 10 orang yang kita jumpa, akan ada yang awal-awal sudah tunjuk tidak minat.
Tidak apa. Itu bukan tanda dunia mahu kiamat.
Jangan ada rasa malu atau rendah diri. Yang penting dia dengar jenama syarikat kita.
Ada yang suka syarikat kita tapi belum ada projek yang sesuai untuk diberikan.
Usah rasa kecewa. Ucap terimakasih atas masa yang mereka luangkan untuk berjumpa kita. Sesekali hubungi mereka semula untuk jalinkan networking.
Ada yang memang sedang mencari kontraktor. Kebetulan kedatangan kita pula tepat pada masanya.
Sebagai pendiri syarikat, kita tidak boleh malu, malas, segan, rasa rendah diri dan sebagainya.
Lebih lagi sebagai kontraktor, kita perlu berjumpa sendiri pelanggan kerana mereka lebih selesa berurusan dengan kita berbanding dengan pekerja sahaja.
Dalam mengemudikan kapal, bila air masuk dan kapal hampir tenggelam, perlu segera cari punca kebocoran.
Kemudan cari jalan untuk air tidak terus masuk dan teggelamkan kapal dan krew mereka.
Kapten kapal kena berani. Berani berdepan dengan segala masalah dan cabaran.
Perlu rajin. Perlu pandai.
Perlu tahu hidu ruang dan tangkap peluang.
Perlu ada dorongan diri untuk berjaya dan berkembang.