Hari ini seorang lagi minta tip naikkan jualan sebagai kontraktor.
Mereka terkesima bila ada otai minum kopi di kedai mamak pun boleh close deal begitu sahaja.
1. Itu namanya kepercayaan.
Bila projek yang diberi dipikul dengan baik. Insyaallah pelanggan tidak mahu berpening kepala mencari dan kaji selidik kontraktor baru lagi.
Habis yang nubis (kontraktor baru) tiada peluanglah.
2. Ada. Rezeki Allah luas.
Tidak cukup dunia nyata, dunia siber Allah sediakan.
Kini pemasaran digital luas digunakan. Tidak tahu cara mengajak minum kopi, tekan-tekan keyboard handphone dalam fb, insta, blog, website dan bermacam channel lagi pun boleh buat jualan.
3. Tanya otai, berapa lama dia ambil hingga boleh mendapatkan kepercayaan pelanggan.
Bukan satu dua bulan. Bertahun juga.
Berbanding dengan alam siber, dalam tempoh tiga hingga enam bulan jika rajin dan konsisten insyallah akan berjaya.
4. Tidak perlu berjumpa empat mata. Asah skil kreatif, komunikasi, cara berfikir, dan paling penting kolaborasi.
Dengan teknik dan strategi yang betul, mampu membina kepercayaan kepada prospek dan bakal pelanggan yang mengenali kita di alam siber.
5. Rajin dan konsisten juga tiada makna jika tidak tahu apa dan bagaimana.
Apa itu kuasa pemasaran dan bagaimana mahu gunakan.
Era digital sudah lama singgah menyala. Internet all things sudah pun mengambil tempat. Big Data mula menjadi raja.
I4.0 telah melakar revolusi hingga mengubah cara pelanggan bertindak dalam memilih kita.
6. Namun kepercayaan tetap jadi sebab utama pelanggan memilih membeli dari kita.
Kepercayaan itu penting kerana pelanggan lebih selesa membeli dari orang yang mereka percaya.
7. Kepercayaan paling mudah didapati bila ada yang beri rekomendasi. Ia lahir dari pengalaman pelanggan sedia ada atau rujukan dari circle yang kita percaya.
8. Kepercayaan membesarkan zon selesa antara kita dan bakal pelanggan. Zon ini akan menjadikan pelanggan berasa selesa untuk bercerita masalah mereka kepada kita.
Masalah yang dikongsi inilah yang menjadikan kita tahu apa ketakutan dan kebimbangan mereka. Dan menawarkan kepakaran yang ada untuk bantu mereka dapat apa yang mereka idamkan.
9. Pemasaran Digital bukanlah satu perkara baru. Telah digunapakai hampir 10 tahun dahulu.
Namun ia bukanlah satu penghalang untuk kita bermula.
Yang perlu dilakukan adalah tambah baik cara kita besarkan zon selesa bersama pelanggan.
Buatlah penuh adab dan berkarisma apabila berjumpa empat mata.
Buatlah dengan skil tinggi apabila menggunakan cara digital.
Kata Buya Hamka, istana itu sudah ternampak, hanya jalannya saja perlu dicari.
baja sawit