Yakin adalah satu sifat yang boleh diasah dan dibina dalam diri. Ia bukanlah bakat atau dna yang diwarisi.
Semua orang mampu membina keyakinan tinggi. Dengan keyakinan, mampu melakukan apa jua perkara walaupun pada awalnya timbul kesangsian untuk melakukannya.
Yakin Boleh Diasah
Yakin lahir apabila kita memberitahu diri sendiri perkara itu dapat dilakukan.
Yakin memberi satu kuasa dalaman kerana dengan adanya keyakinan kita tahu walau apapun kita lakukan,
Yakin Jadikan Kita Mampu Berdiri Atas Kaki Sendiri
Keyakinan diri boleh didapati apabila kita sedar tiada siapa pun, kecuali Allah, boleh menahan kemaraan kita melakukan sesuatu yang kita hendaki.
Apabila yakin sentiasa ada, kita boleh berdiri atas kaki sendiri tanpa perlu dikawal oleh sesiapa.
Jita tidak akan gagal selagi yakin sentiasa bersama dengan kita.
Yakin Jambatan Capai Kejayaan
Kurang keyakinan diri akan menjemput alasan. Tinggi keyakinan diri akan sentiasa memburu impian.
Dan yakin adalah jambatan mencapai kejayaan.
Selamat membina keyakinan diri dan sentiasa siram keyakinan sedia ada.