Meet and greet adalah satu acara platform yang saya gunakan untuk bertemu secara langsung dengan follower.
Acara ini selalu diadakan dalam suasana yang lebih santai supaya tetamu yang hadir akan merasa lebih dekat untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman yang ada pada kita.
Ada tiga jenis Meet And Greet yang saya lakukan.
-
- Secara solo dengan para kontraktor. Biasanya acara ini diuruskan oleh adik-adik kontraktor dan saya hanya hadir mengopi bersantai dengan mereka. Tajuk yang selalu dikupaskan biasanya adalah dalam linkungan dunia kontraktor.
-
- Dalam kumpulan kecil dengan usahawan lain. Biasanya acara ini diuruskan oleh sekumpulan usahawan dan saya serta rakan-rakan usahawan hadir bersantai dengan mereka. Tajuk yang selalu dikupaskan biasanya adalah dalam linkungan dunia usahawan.
-
- Secara formal dimana acara ini diuruskan oleh pihak ketiga secara rasmi dan peserta yang hadir adalah mereka yang berada dalam kumpulan sasaran pihak tersebut.
Di bawah adalah antara acara Meet And Greet yang pernah saya hadiri.
MEET THE FOLLOWER
SHARK 10
Setiap usahawan yang berjaya itu pernah alami saat kejatuhan dalam perniagaan mereka. Perkongsian 10 Usahawan Otai bagaimana mereka memulakan perniagaan samada secara merancang, bidan terjun atau tidak sengaja.
Serta cerita suka duka mereka harungi dalam dunia usahawan.
Meet The Follower - 1 Membina Persona Diri
Personal Branding adalah satu tool pemasaran yang dikenal pasti mampu meningkatkan jualan dengan membina kepercayaan melalui dunia media sosial. Ikuti Perkongsian Mahanom bersama Azri Walter dan Azie Atthuara cara membina personal branding di dunia fb.
Meet The Follower - 2 - Membina Konten Berkualiti -
Personal Branding mampu menarik ramai orang membaca konten karya kita.
Membina konten baik menjadi satu tanggungjawab kepada ‘Media Social Influencer’.
Setiap konten yang disajikan akan mempengaruhi kehidupan follower yang membaca.
Ikuti perkongsian Mahanom bersama Azri Walter dan Azie Atthuara mengenai membina konten berkualiti.
Meet The Follower - 3 - Menjana Follower Berkualiti -
Ada pelbagai jenis orang yang mengikuti kita. Ada banyak juga sebab mereka mengikuti kita.
Follower berkualiti dapat dijana berdasarkan kualiti penyampaian konten semasa membina Persona Diri di media sosial.
Ikuti perkongsian Mahanom bersama Azri Walter dan Azie Atthuara mengenai follower berkualiti.
- Sembang Kontraktor - JB-
Dunia kontraktor sering disaluti pelbagai cerita rasuah, kroni, kabel dan proksi.
Bagaimana mahu bersaing dengan mereka untuk mendapatkan kerja.
Bersama kontraktor pelapis industri dalam kerja-kerja penyenggaraan sistem bangunan.
Borak Santai - KB
Kontraktor tumbuh bagai cendawan kerana keperluan pelanggan membina rumah idaman.
Akhirnya terpaksa bersaing harga untuk memastikan pelanggan membeli dari kita.
Bersama kontraktor perumahan Kelantan borak santai mengenai isu ini.
Sembang Santai - SP
Memulakan perniagaan dengan apa yang ada dalam tangan bukan satu perkara mudah.
Asas menguruskan perniagaan perlu ada supaya dapat elak langgar dinding dan masuk gaung atau gali perigi buta.
Sedar-sedar diri dalam belantara puaka. Elakkan.
Bersama usahawan dan kontraktor di Seberang Perai sembang santai ilmu keusahawanan.
Meet The Follower - 4
Personal Branding Di Era VUCA
Dalam menghadapi perubahan dinamik yang sangat pantas, sukar untuk menganalis isu apabila tiada kepastian. Ditambah dengan kekacauan dan gangguan penuh kompleksiti. Serta beban hadapi realiti bagi sesuatu perkara yang tidak jelas.
Ikuti perkongsian Mahanom bersama Azri Walter dan Azie Atthuara mengenai PB di Era Vuca.