Media Sosial vs Realiti

“Dia nampak jer sempoi kat fb. Macam orang tiada harta.

Tapi di sini saja tanahnya berekar.” Cerita seorang kontraktor pada saya.

Saya buka fb SMI ini semula.

Kontennya memang selalu tinggi engagement.

Sesekali saya komen disitu sebab suka kontennya yang selalu beri inspirasi pada usahawan.

Dalam fb, dia jarang bercerita kisah hariannya. Pergi mana, jumpa siapa, makan apa. Hanya konten ajak buat kebaikkan sahaja.

Bila buat fb live, tampak kasar. Sesuai watak kasar yang digambarkan dalam fb.

Ada kala dia bercerita mengenai pekerjaannya yang nampak tidak glamour, sibuk dan busuk.

Bawa kereta pun, kereta buruk.

Kisah SMI yang diceritakan kontraktor ini buat saya muhasabah diri sendiri.

Ramai Social Media Influencer di fb ini yang saya kenal memang begitu.

Mereka gunakan gelaran SMI yang diberi untuk pengaruh pembaca buat kebaikkan. Mengajak tiggalkan hasad dengki, riak, ujub, sombong dan lain-lain penyakit hati. Tak hebohpun ada harta.

Setiap hari menulis benda yang baik. Menyelit peringatan supaya pembaca ingat kampung akhirat. Mengajak berbuat baik pada semua manusia.

Moga Allah hantar lebih ramai orang sebegini kepada kita. Untuk kita jadi baik seperti mereka juga.

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *