Mazhab Bangau

Semasa hadir kursus digital hari tu, coach beritahu salah satu sifat yang sebabkan susah nak maju kehadapan kerana ada sikap ‘membangau’.

Apa itu membangau.

Cuba lihat lirik lagu Bangau Oh Bangau.

“Bangau Oh Bangau, kenapa engkau kurus”

Apa jawab bangau?

Ya, bangau salahkan ikan kerana tidak mahu timbul.

Kemudian ditanya kepada ikan, kenapa tidak timbul. Ikan salahkan rumput yang panjang.

Rumput pula salahlah kerbau. Dan begitulah sikap mencari salah pihak lain tanpa duduk muhasabah kesilapan berlaku ada kalanya terbit dari diri sendiri.

Contoh Tuan A berjumpa prospek. Mahu menjadi kontraktor yang dilantik prospek buat projek terbaru mereka.

Tuan A buat presentation yang terbaik.

Kemudian sebelum balik, Tuan A burukkan pesaing dengan harapan prospek tidak melantik pesaing ini.

Tanpa sedar, sikap memburukkan orang lain, buat prospek tidak senang hati. Dan putuskan untuk tidak melantik Tuan A menjadi kontraktornya.

Tuan A pula bila gagal dapatkan projek tersebut, terus salahkan kontraktor yang mendapat projek tersebut.

Kononnya berlaku sailang, atau main harga, atau apa saja tanpa merenung diri, bahawa sikap buruknya itulah yang buat prospek larikan diri.

Menyalahkan pihak lain memang seronok. Ia dapat sorok kelemahan diri sendiri.

Tetapi sikap salahkan pihak lain ini sebenarnya rugi. Sebabnya, akan gagal perbaiki kualiti diri sendiri.

Maka teruslah poket menjadi kurus seperti bangau. Terus menerus kurus kerana ada sikap membangau.

Hanya nampak salah pihak lain.
Gagal muhasabah salah diri sendiri.

(Visited 12 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *