Marketing untuk kontraktor

1. Marketing adalah satu kerja hebahan kepada pasaran tentang keujudan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

2. Marketing yang baik adalah apabila dapat menyakinkan pelanggan apakah nilai yang mereka dapat hasil dari ciri-ciri perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh Emartech menawarkan perkhidmatan 24jam membaiki dan menyelenggara sistem pam air dengan response time 30minit.

Ciri perkhidmatan tersurat : 24jam

Nilai yang pelanggan dapat : masalah bekalan air tergendalan apabila unit pam air mengalami masalah tidak kira waktu. Dengan melantik Emartech, pelanggan tidak perlu lagi bimbang apabila pengguna buat aduan pukul 3pagi. Nanti kontraktor datanglah check dalam masa 30minit.

Bagaimana nak bangunkan ciri unik tawaran perkhidmatan?

Jawapannya : Bila kita dapat bangunkan Bisnes Model yang baik.

3. Ada banyak jenis marketing.

✅ soft marketing cth macam saya buat di atas.

✅ hard marketing cth bila asyik buat skrip ‘kepakaran kami adalah…’

✅ free marketing cth konten marketing.

✅ paid marketing cth guna iklan berbayar, lantik duta dll

✅ bad marketing cth tawarkan rasuah

✅ csr marketing

✅ pr marketing

✅ promotion marketing

✅ digital marketing

✅ media sosial marketing

✅ networking marketing

Dan banyak lagi.

4. Adakah menyertai tender dan sebutharga itu marketing?

Ia boleh dijadikan satu platform marketing, apabila komittee mengingati kita sama ada kita terpilih atau tidak. Jika terpilih, itu dah kira close sales. Jika tak terpilih pun, oleh kerana dokumen sokongan kita sangat menyakinkan, komitee nanti panggilah untuk kerja adhoc, atau sebutharga tertutup, kerja inden dan lain-lain.

Kuranglah sikit kita sibuk nak sertai sebutharga dan bersaing dengan beratus kontraktor yang lain, termasuk geng kartel yang durjana.

5. Mana satu datang dulu, marketing atau sales?

Bergantung pada situasi.

6. Marketing datang dulu dalam situasi prospek tak pernah dengar dan sedar keujudan kita. Bila prospek sudah panggil kita kerana kerja marketing yang berjaya, baharulah proses sales bermula.

7. Sales datang dulu dalam situasi prospek tak pernah dengar dan sedar keujudan kita, tetapi mengenali kita secara individu kerana rekomendasi dari orang yang mereka percayai. Bila prospek panggil kita untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran nilai dan harga, semasa itulah kerja marketing bermula, untuk lengkapkan syarat sebelum close contract.

Dapat?

🖊

Mahanom Mohammad

(Visited 68 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.