Mahanom Mohammad

Malaysia Ini, Kita Punya

31 Ogos 2019

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
.
Setiap kali menjelang hari merdeka, pasti semangat patrotik kepada negara akan bertambah.
.
Terutama apabila kita sentiasa ingat perjajahan yang pernah berlaku pada negara hingga kita hampir hilang budaya, bangsa dan agama.
.
Kita pasti tidak lupa bagaimana nenek moyang bersusah payah berjuang membebaskan negara tercinta.
.
Kita tahu asal usul orang dahulu sangat mendukung adat, berseni hebat, bersimpul budi, berbahasa murni, pernah menjadi bangsa terkuat, dihormati dan disegani.
.
Kadang kita terlalu mengikut kata hati, menurut saja apa yang dikatakan trendy. Supaya tidak dikatakan tertinggal zaman atau berfikir seperti kampungan.
.
Jangan sampai lupa jati diri. Merdeka itu bukan sekadar kisah perjuangan nenek moyang kita dalam buku sejarah.
.
Itu tugas mereka pada zaman dahulu. Zaman negara diperintah mengikut cita rasa penjajah.
.
Tugas kita adalah mengekalkan kemerdekaan yang ada.
Kembalikan semula keunggulan yang ada pada budaya dan amalan yang pernah dikuburkan.
.
Tugas nenek moyang kita berjuang mencapai kemerdekaan telah digalas dengan baik.
.
Sekarang tugas kita menjaga perpaduan dan keharmonian.
.
Berusaha agar rakyat berbilang bangsa ini tidak berpecah belah. Berkata kesat bila bercanggah pendapat. Mendorong pergaduhan yang mengugat keharmonian.
.
Sentiasa tanamkan kasih pada negara. Bukan sahaja pada hari istimewa, tetapi juga setiap hari.
.
Pupuk generasi akan datang untuk sentiasa mempunyai semangat nasionalisme tinggi dan menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

Sayangi Malaysia, kerana negara bertuah ini kita yang punya.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *