LGSF singkatan kepada Light Gauge Steel Framing, merupakan teknik pembinaan yang menggunakan rangka besi bergalvani tinggi yang menawarkan kekuatan dan ketahanan terhadap sebarang hakisan. LGSF juga terkenal dengan ketepatan dan ketekalannya.
Teknologi ini sesuai untuk pemilik rumah yang mahukan rumah dibina dengan lebih cermat, lebih jimat, lebih teguh dan lebih mesra alam.
Dalam pembinaan kaedah teknologi LGSF, struktur utama seperti tiang, rasuk dan gelegar dikilangkan menggunakan formula kejuruteraan yang telah diukur dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan kemudiannya di hantar ke tapak untuk terus dipasang sebagai struktur bangunan, mengurangkan masa pembinaan dan tidak melibatkan buruh yang ramai. Rangka keluli yang ringan (berbanding dengan binaan batu dan konkrit) menjadikan ianya lebih mudah diangkat dan dikendalikan di tapak.
Kenali salah seorang kontraktor LGSF di https://mykontraktor.mahanommohammad.com/senarai-kontraktor/ecotec-synergy/
Dan tonton https://youtu.be/71f5KWC2JFM untuk melihat sendiri keajaiban LGSF.