“Saya hanya buat rumah sahaja puan. Bukan hendak masuk tender atau buat kerja dengan kerajaan.”
Jawapan yang selalu diterima.
Rupanya, ramai kontraktor tidak tahu.
Mengusik struktur bangunan, sama ada ubah suai atau membina bangunan baru, tanpa berdaftar dengan CIDB adalah melakukan satu kesalahan besar dibawah pematuhan industri.
Malah mengaku diri sebagai kontraktor juga adalah salah di bawah akta ini.
Umpama, melakukan kesalahan memandu tanpa lesen diatas jalanraya.
Walaupun kita handal memandu kereta. Tetap wajib ada lesen memandu bila mahu memandu kereta.
Begitulah juga apabila hendak menjadi kontraktor. Kena faham apa yang tertulis dalam pematuhan undang-undang industri itu sendiri.
Apabila kontraktor tidak berdaftar melakukan kerja-kerja pembinaan dan ubahsuai, mereka boleh di dakwa dibawah Akta 520.
Apabila sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000.
Akta 520 ada disebut dalam website CIDB. Usah perlekehkan undang undang industri ini.
“Bagaimana pula orang asing yang membuat rumah rakyat Malaysia?” tanya peserta.
“Jika begitu, kenapa masih ramai rakyat tempatan masih ambil warga asing atau kontraktor tiada lesen untuk bina dan ubahsuai rumah mereka?” tanya mereka lagi.
Warga asing ini melakukan kesalahan di bawah Akta tersebut.
Sebab utamanya kerana warga asing ini memberi harga bawah pasaran. Pelanggan suka kerana murah. Tetapi tidak sedar risiko besar yang bakal dihadapi.
Bayangkan sedang dalam kerja binaan atau ubahsuaian, kontraktor ditangkap.
Akan terbengkalailah kerja tersebut.
Atau jika selesai pun, mereka ini akan hilang atau pulang ke negara sendiri.
Setelah enam bulan dan terjadi defect atau timbul kecacatan pada kerja, memang sukar untuk cari mereka kembali.
Sebab lainnya, tuan rumah tiada kesedaran mereka melakukan kesalahan melantik kontraktor yang tiada lesen.
Itu salah satu cara untuk kita makmurkan industri dan bersihkan pasaran.
Maka, kita yang tahu ini, sebagai pemain industri, perlu maklumkan kepada tuan rumah atas kesalahan yang ia sedang lakukan.
“Memang geram tengok warga asing sesuka hati tipu pelanggan. Di mana saya boleh buat report puan?”
Buatlah laporan polis dahulu.
Kemudian buat juga laporan di CIDB berhampiran.
Itu cara kita bantu CIDB dalam industri yang kita kasihi ini.
“Saya tidak tahupun puan. Sudah 20 tahun saya jadi kontraktor. Sudah beratus rumah saya bina. Saya tiada lesen CIDB. Tidak tahupun saya lakukan kesalahan.”
Usah risau. Buka sahaja webiste CIDB di sini .

Daftar segera sebagai kontraktor yang sah.
Kemudian jalankan kerja dalam industri dengan aman.
“Jiran saya pernah bekerja dengan kontraktor besar. Kini rumahnya sendiri dia bina. Hanya ambil tukang tukang warga asing untuk buat kerja. Barang dibelinya sendiri. Bagaimana pula itu puan.”
Tidak kiralah tukang-tukangnya warga asing atau warga tempatan. Ataupun diupahnya pelajar pelajar ABM sekalipun.
Bila disentuh sahaja struktur bangunan, dan tidak ada lesen kontraktor yang sah, memang jadi satu kesalahan.
Jangan main-main.