Legasi

Besar nanti, kerja dengan syarikat lain dahulu. Dapatkan pengalaman, baru bekerja di Emartech.”

Saya ingat itulah pesanan kepada anak-anak sedari mereka kecil lagi. Ketika itu Emartech juga masih baru bertatih.

Apabila kita memegang topi usahawan, banyak perkara perlu dikorbankan. Termasuklah masa keluarga, terutama anak-anak yang sedang membesar.

Kami sebolehnya cuba peruntukan hujung minggu untuk bersama. “Family Quality time” orang kata.

Emartech

Hakikatnya itu hanya impian dan harapan.

Bila memakai topi usahawan, “family quality time” turut menjadi mangsa korban.

Setiap hujung minggu, apabila keluar kemana-mana, tuan suami akan pastikan untuk singgah ke tapak kerja. Memantau kerja dan membantu apa yang ada.

Ketika itulah Eddyn berdegil mahu ikut serta. Bermula dari mengangkat beg perkakasan. Kemudian cuti sekolah bekerja dibawah pengawasan mandor.

Tiada istilah “anak bos”. Jika staf sendiri buat perangai kita hanya urut dada bersabar, dengan Eddyn beliau akan dimarah begitu sahaja setiap kali melakukan kesalahan.

Dari sekolah Eddyn dibawa ke kedai hardware. Kebetulan anak tauke hardware pun rakan sekelasnya. Mereka membesar bersama. Siang disekolah, cutinya ikut ayah.

Kini anak tauke tersebut menguruskan cawangan kedai hardware ayahnya. Dan networking dua anak muda ini kuat sehingga hari ini.

Semasa membuat Latihan Industri, saya sarankan Eddyn pergi ke syarikat lain. Lebih besar. Agar lebih banyak boleh dipelajari.

Tetapi staf memberi pandangan lain. Di syarikat besar, tidak banyak yang boleh belajar. Berbanding syarikat SME yang ratanya banyak perkara boleh dibuat.

Eddyn kini dilatih untuk menguruskan Emartech sepenuh masa. Saya mahu meneruskan rancangan untuk bersara.

Sebenarnya rancangan bersara awal mahu dibuat 3 tahun lalu, cuma iklim ekonomi menuntut saya untuk terus berdiri berbakti.

Membesarkan syarikat bukanlah satu kerja yang mudah. Tetapi ia satu kepuasan tidak terperi apabila kita dapat beri pada legasi.

(Visited 54 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *