Sekiranya anda berada dalam industri binaan, kurang dari 10 tahun, dan didatangi oleh broker projek yang kononnya beri ‘informasi dari dalam kementerian’, tentang keujudan projek-projek khas, terpilih, tidak dihebahkan pada orang awam dan anda dapat kerana anda teristimewa, berhati-hatilah.
Lebih-lebih lagi jika broker ini bukanpun staf jabatan yang keluarkan kerja, atau broker yang anda jumpa ini dapat info dari orang atas orang atas orang atas orang atas orang atas orang sampai 7 lapis langit.
Mereka ini memang cari mangsa yang ‘lapar’ projek. Akan minta company profile banyak-banyak untuk dijadikan umpan.
Benda begini bukan benda baru. Sejak 2000 lagi sudah ada. Mula-mula mulut manis nak beri projek.
Kemudian minta wang muka, nak bayar bookinglah, nak masuk tenderlah dan macam-macam lagi. Angka yang diminta adalah angka celah gigi. Kalau burn pun, anda tak rasa apa.
Selepas itu minta wang cagaran pula, nak secure projeklah, nak cover orang dalamlah, nak bayar banklah. Yang ini kalau sedar, kita dah tahu nak masuk jerat perangkap.
Kalau tak sedar lagi silap haribulan sanggup jual tanah kat kampung kemaruk nak cepat kaya dan dapatkan projek ratus puluh juta ini.
Hati-hatilah.
Lanun banyak kat luar sana. Terutama selepas bajet diumumkan. Mereka pun gunakan segala peluang.
Lanun-lanun ni, besar gah mana pun projek yang dia boleh secure untuk kita, setakat dengar, boleh, percaya jangan.
Dia punya confident nak kasi projek, highway pun dia boleh jual.