Langkah Pertama Kontraktor

“Sudah daftar CIDB, so next apa yang perlu saya buat?”

Dalam buku Dilihat Kecil, Langkahnya Gergasi, saya gariskan 7 fasa bermula.

Fasa 1 – mengenai dunia kontraktor.

Ada 14 langkah yang perlu diambil untuk kenali dunia kontraktor.

Fasa 2 – penyediaan diri sebelum jadi kontraktor.

Ada 13 langkah yang perlu diambil sebelum menjadi kontraktor.

Fasa 3 – Peraturan Industri Binaan.

Ada 14 langkah yang perlu dikaji dan diambil sebelum menjejakkan 1 kaki dalam industri binaan. Ini adalah fasa dan langkah penting sebelum kita ambil lesen CIDB.

Fasa 4 – Fasa paling kritikal. Mungkin dalam mencapai impian nak jadi kontraktor kaya, kita tak sangka ada banyak sekatan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebelum kita ambil mana2 job. Ada 10 langkah disini yang perlu newbie fahami sebelum terjebak melakukan kesalahan yang boleh mendatangkan kekesalan seumur hidup.

Fasa 5 – Apabila sudah bersedia. Sudah faham sekatan, peraturan dan berani pikul tanggungjawab kontraktor, barulah buka langkah buat marketing.Saya kongsikan 7 langkah membuat marketing dan 9 langkah penyediaan membentangkan cadangan pada pelanggan termasuk cara bangunkan spesifikasi kerja, meletak harga kerja, follow up, rundingan serta menguruskan rejection.

Fasa 6 – Fasa setelah cadangan diterima dan lantikan dibuat oleh pelanggan secara rasmi. Ini termasuklah 9 langkah merangkumi arahan kerja, kerja segera, modal kerja, perubahan kerja hingga kerja siap dan membuat tuntutan.

Fasa 7 – Fasa menguruskan rekod kewangan. Rekod kewangan adalah penting untuk akauntan bangunkan laporan kewangan. Laporan kewangan penting kerana ia menunjukkan prestasi perniagaan kita. Dengan melihat prestasi perniagaan, kita boleh tahu apa kelemahan yang perlu diperbaiki serta ancaman perniagaa. yang perlu diuruskan.

Buku Dilihat Kecil, Langkahnya Gergasi, ini saya terbitkan khas apabila kerajaan membuat keputusan membuka semula pendaftaran G1 untuk newbie.Ilmu berniaga kontraktor unik. Taruhannya besar. Ujiannya juga besar. Pulangannya juga besar bila diuruskan dengan baik. Tapi yang paling penting sekali adalah kerahmatan dan keberkatan yang berada dalam perniagaan kontraktor yang ingin kita miliki. Bagi newbie yang telah memiliki buku ini, boleh buat ulangkaji semula.

(Visited 378 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *