Mahanom Mohammad

Langkah Baru Bagi Kontraktor

“Saya newbie, belum ada pengalaman kerja. Mahu mendaftar di CIDB, tetapi sistem minta senarai kerja yang pernah dibuat.”

Ini dilema biasa newbie.

Boleh saja tulis tiada pengalaman. Tetapi jika rasa tidak seronok, boleh cari pengalaman dahulu dengan buat kerja kecil-kecilan. Sub pun tidak apa. Asal kita dapat pengalaman untuk rujukan pelanggan.

Setelah 6 bulan kaut pengalaman. Barulah fikir secara rasional. Mampukah hendak galas tugas sebagai kontraktor.

Kita bercerita mengenai modal besar.

Kita berkisah mengenai bayaran yang selalu lambat diterima.

Kita rasa gembira dengan pelanggan tambah tambah kerja, tetapi berdukacita bila pelanggan menjerit dapat bil tambahan.

Kita tension bila hujan turun.
Kita juga tension bila panas terlalu terik.

Kita mengamuk bila pekerja mesej pukul 8pagi tidak dapat datang bekerja.

Kita lagi naik gila bila cek tendang yang kita dapat.

Bila sudah ada pengalaman untuk timbang tara keputusan. Barulah masuk satu lagi kaki kedalam industri ini.

Berdaftarlah dengan CIDB untuk menjadi kontraktor yang berlesen.

Apabila kedua belah kaki sudah masuk dalam industri, maka teruskan berjalan.

Cari peluang kerja
Jadi kaya dan mulia.
Pegang amanah dan sempurnakan ibadah.
Usahawan itu boleh jadi jambatan kita ke syurga.

Alang-alang bina rumah orang di dunia, bina terus satu istana disyurga.

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *