“Dahulu saya benci sangat bidang kontraktor.” Mula bercerita kepada sahabat ini.
.
“Eh, puan okay apa. Sampai sekarang Emartech bertahan.” Sahabat ini bagai tidak percaya apa yang saya katakan pada awal bicara tadi.
.
“Dahulu saya bekerja dalam bidang ini. Tidak suka dengan budaya rasuah, kipas, birokrasi yang ada. Entah macam mana bila hendak mulakan perniagaan terjerumus dalam bidang ini. Nasib juga perniagaan sendiri, kami bebas untuk tetapkan budaya apa yang mahu diserapkan. Itu yang timbul budaya kontraktor patuh syariah.”
.
“Sepatutnya puan kena buat benda yang puan suka, baru mudah berjaya, kerana ada semangat dan passion disitu.” Kata sahabat ini.
.
Benar kata sahabat ini.
Untuk semangat tinggi kita kena buat benda yang disuka.
“Ya betul. Oleh kerana tidak dapat buat apa yang saya cinta, maka saya tukarkan saja kepada jatuh cinta dengan apa yang saya buat.” Kata saya.
.
Sahabat ini mengerutkan dahi. Cuba menganalisis pernyataan yang dibuat.
.
“Begini puan, macam orang kena paksa kahwin. Dia tidak dapat berkahwin dengan kekasih yang dicinta, maka dia hadirkan cinta kepada pasangan yang dikahwini itu. Akhirnya hidup bahagia jodoh panjang sampai hingga akhir hayat.” Terang saya lebih jelas.
.
“Oooohhh okay, okay, sekarang dapat gambarkan.”
.
Bila ada pilihan, buatlah apa yang dicinta.
Tetapi jika tiada pilihan, semaikan sahaja bunga cinta pada benda yang kita buat.
.
Insyaallah hasil lumayan.