Kuliah Kilat

SESI 2 – DIBUKA SEMULA – TERHAD 10 SEAT

https://mahanommohammad.com/produk/kuliah-kilat-sesi-2/

Kuliah Kilat atau crash course ini saya buat khas untuk mereka yang mahu mahu belajar dalam suasana yang ringkas tetapi padat.

Mohon Baca sebelum daftar.

1. Melihat kepada respon dari kelompok newbie dan orang lama, saya akan buat 2 Sesi.

🟩 22 Februari, Rabu – SESI 1 – khas untuk mereka yang baru-baru memasuki dunia kontraktor. Objektifnya supaya mereka benar-benar tahu bagaimana industri bergerak dan siapakah penggerak utama serta persiapan fizikal, mental dan emosi yang mereka perlu ada untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam mendapatkan kerja. Newbie – hadirlah sesi ini supaya anda boleh bermula dengan betul.

🟩 23 Februari – Khamis – SESI 2 – khas untuk mereka yang sudah lama dalam dunia kontraktor tetapi selalu berhadapan dengan cabaran dalam mendapatkan projek. Sudah dapat projek pula, terpaksa berhadapan dengan cabaran menguruskan projek hingga menyebabkan bayaran ditahan atau tuntutan tidak dilayan akibat kesilapan kecil yang disangka tidak memberi kesan pada projek itu sendiri.

Sesi 2 ini untuk mereka yang sudah pun bertapak dalam industri.

Newbie nak hadir sesi 2 ini pun tiada masalah.


2. Boleh hadir 1 sesi sahaja. Boleh hadir kedua-dua sesi dengan harga diskaun. Kedua sesi akan disampaikan oleh saya sendiri.


3. Kuliah ini tiada Mata CCD. Bagi yang hadir saya akan kongsikan bagaimana mendapat Mata CCD dengan cara lain selain dari hadir kursus. Terutama menjelang Ramadan.


4. Lokasi Kuliah akan diadakan di Shah Alam – mengambil kira ia adalah di tengah-tengah kawasan Lembah Kelang. Sekiranya ada 10 atau lebih peserta dari negeri luar, saya akan cuba usahakan agar kuliah ini diadakan di negeri mereka. Tapi pada tarikh dan harga lain. Tak janji tapi cuba.


5. Pembatalan dibenarkan 7 hari sebelum kuliah bermula. Refund 100% akan diberi bagi pembatalan sebelum 7 hari kuliah bermula, dan 50% bagi refund sebelum 3 hari bermula. Tiada pembatalan dan refund akan dilayan dalam 24 jam sebelum kuliah bermula.

Proses Refund akan mengambil masa 7 hari bekerja.


6. Semua peserta akan dikumpulkan dalam group wassapps 7 hari sebelum kuliah bermula.


Sekiranya anda masih berminat, sila daftar guna borang di bawah.

Pendaftaran akan ditutup pada 11.59malam, 2 Februari 2023.

Pendaftaran telah ditutup. Semua peserta yang telah mendaftar akan dijemput masuk dalam wassapps group ‘Kuliah Kilat’ sebelum 10 Februari 2023.



Terima kasih.

(Visited 709 times, 1 visits today)

6 thoughts on “Kuliah Kilat”

  1. Alhamdulilah . Sangat bermanfaat ilmu yang diberikan puan mahanom kepada saya sebagai pemain baru dalam industri. Harap niat puan berterusan menolong kontraktor baru utk menimba ilmu.

    1. Terimakasih tuan syazwan. Moga ilmu yang diberikan memberi manfaat dalam perniagaan tuan. Didoakan tuan Syazwan akan berada di puncak 5 tahun akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published.