Susah ke mahu jadi kontraktor patuh syariah?
Tidak.
Bina sahaja ikut spesifikasi yang dipersetujui. Ada perubahan maklumkan pada pelanggan. Beri apa yang dibayar pelanggan.
Bina untuk keselamatan dan keselesaan kehidupan pengguna. Itulah harga yang mereka bayar. Selamat diguna. Selesa didiami. Berfungsi dan bermanfaat.
Bina bangunan yang jelas kegunaannya tidak berlawak syarak. Jauhi bina rumah sembahan musuh Allah dan RasulNya. Serta yang jelas fungsinya untuk perkara dilarang.
Apa lagi?
Paling utama, jauhi rasuah. Ia menghampiri murka Allah.
Ia menggelapkan hati hingga tidak timbul lansung rasa berdosa melakukannya.
Buat saja. Usah tunggu JAKIM keluarkan sijil halal baru mahu patuh syariah.
Menjadi Kontraktor Patuh Syariah adalah kewajipan setiap kontraktor Islam.
Dalam industri, ia berkaitan integriti.