Kontraktor Jalanan – Budak Kecil Gigih Berlari

Tuan Panel Juri mula berkata, “Semasa melangkah masuk ke pejabat tadi, saya tidak sangka ini pejabat kontraktor kecil gred satu. Menonton tayangan video tadi, dapat saya gambarkan suka duka diharungi oleh syarikat Emartech ini.”

Beliau termenung seketika.

Kemudian menyambung, “Tidak ramai kontraktor berfikiran jauh. Menawarkan peluang kerja kepada belia. Menyediakan tempat latihan industri kepada pelajar juga.”

Tuan Panel Juri kemudiannya menyarungkan cermin mata semula. Dan menyambung bicaranya.

“Apabila Puan Mahanom bercerita mengenai rancangan jangka pendek dan panjang, misi dan visi, saya kelu. Belum pernah berjumpa kontraktor kecil bercerita tentang masa hadapan syarikat mereka.”

Beliau diam seketika. Kemudian memandang kearah saya. Dan menyambung kata. “Tetapi apabila Puan menyentuh teras-teras Rancangan Malaysia Kesebelas, serta menyampaikan formula sasaran, ditambah cerita pertumbuhan ekonomi, saya menjadi pening!”

Saya memberanikan diri, membongkok badan kehadapan. Bertanya perlahan. “Pening kenapa tuan?”

“Pening bagaimana kontraktor Gred 1 mampu memikirkan segala perancangan. Dan pemikirannya seperti sebuah syarikat korporat besar!” Menepuk tapak tangan ke meja sambil ketawa besar. Kata-kata beliau disambut hilai ketawa kegembiraan dari Ahli Panel Juri lain. Seperti menyokong apa yang dinyatakan. Memecah kesunyian debaran.

Tuan Razmy dan saya saling berpandang. Menarik nafas lega. Gembira bila Ahli Panel Juri nampak teruja. Tuan Panel Juri kemudian memandang kami, “Rasuah adalah perosak industri. Saya hormat cara Emartech menerapkan integriti tinggi. Teruskan berjuang.”

Mahanom Mohammad

Novel Bisnes ini adalah ilham dari cerita sebenar bagaimana kami uruskan perniagaan selama 15 tahun.

Cerita suka duka, jatuh bangun, halangan dan cabaran hingga dinobatkan untuk Pengiktirafan Khas Kontraktor Terbaik G1 oleh CIDB semasa anugerah kecemerlangan MCIEA 2016.

Ini adalah rupa cover asal buku yang hanya di cetak untuk edaran dalaman sahaja. Namun setelah diumumkan di laman FB, ramai yang mahu. Hingga kesemua 50 buku ini habis sekejap sahaja.

Kontraktor Jalanan

Maka kami belajar cara terbitkan buku mengikut lunas industri penerbitan. 

Memohon Nombor ISBN dan mengeluarkan sedikit modal untuk desain kulit muka. 

Buku ini telah dicetak sebanyak empat kali. Dijual secara online sahaja. Harga buku hanya RM35.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM40.00 untuk Sabah & Sarawak. Harga termasuk kos pos. 

Kini hanya edisi e-book sahaja yang ada.

Buku ini diterbitkan pada Mei 2017, dan diulang cetak pada Jun 2017, Februari 2018 dan April 2018.

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan – Mahanom Mohammad, 1968-

KONTRAKTOR JALANAN : Budak Kecil Gigih Berlari /MAHANOM MOHAMMAD.

ISBN : 978-967-15135-0-7

1. Entrepreneurship. 2. Success in business.

I. Judul

338.04

Diterbitkan oleh Mahanom Mohammad

Dicetak oleh Senang Terbit PLT, www.senangterbit.com

Harga Termasuk Pos : SM – RM35.00 / SS – RM40.00 

Saiz : 135mm x 180mm

Berat : 135gms

Jumlah Mukasurat : 140ms 


MAAF – BUKU INI TELAH KEHABISAN STOK.


 

Untuk bayaran secara manual.

Sila emel slip bayaran yang telah dibuat ke akaun Mayban 562209 645222, Emarklasik Resources dan emel ke payment@mahanom.com bersama 3 maklumat berikut:

1. Nama :

2. No Telefon :

3. Alamat Penghantaran :

SELESAI

TERIMA KASIH


(Visited 406 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Kontraktor Jalanan – Budak Kecil Gigih Berlari”

  1. Assalamualaikum Pn. Mahanom

    Saya berminat untuk mendapatkan kesemua buku keluaran Pn. Boleh Pn. bantu saya? 🙂 Terima kasih Pn.

Leave a Comment

Your email address will not be published.