Kontraktor Jalanan – Bangkit Berani Terbang Tinggi

‘Ya Allah, tiga hari sahaja lagi. Ya Allah, izinkanlah diri berada di sisi emak kala mahu dijemput pergi.’

Sudah tertanam azam mahu uruskan jenazah mak apabila tiba masanya nanti.

Kala emak hidup dapat menaburkan bakti, biarlah puas sehingga akhir jasad emak di bumi.

Berat tangan mahu membuka telefon, tetapi mesej perlu dibaca.

Saat telefon dibuka, berderet-deret mesej masuk.

Sudah banyak mesej diterima rupanya. Dari adik beradik, saudara mara, kawan kawan rapat.

Ada mata tertangkap mesej yang mengandungi juga imej Surah Al-Fatihah.

Nafas seakan terhenti. Hidup tiba-tiba kosong. Seluruh badan tidak bermaya.

Melihat icon mesej suami. Belum membaca, tetapi sudah boleh mengagak isi kandungannya. 

“Yang, mak dah meninggal, abang baru bercakap dengan Eddyn. Allah lebih sayangkan mak. Innalillah. Waktu mak pergi menemui Allah, anak yang dilahirkan berada dalam Masjid An-Nabawi.” MasyaAllah. Saat itu, hati bergetaran. Seluruh jiwa kosong tiba-tiba. Saya menakup muka. Cuba menahan. Tarik nafas panjang.

Menatap siling masjid yang besar dan indah. Berkilauan limpahan cahaya kuning dari lampu gantung chandelier.
Dan dalam hingar bingar dikelilingi ribuan jemaah dari seluruh dunia, hidup terasa kosong tiba-tiba.
Jiwa terbang entah kemana. Pandangan kelam. Hati suram. Dunia sudah hilang seri cahaya.
Mahanom Mohammad

Novel Bisnes ini adalah ilham dari cerita sebenar sebuah syarikat kontraktor yang mula berjinak-jinak dengan pemasaran media sosial demi keberlansungan bisnes yang telah dijalankan selama 17 tahun.

Ia adalah sambungan dari Novel Budak Kecil Gigih Berlari yang telah diterbitkan pada tahun 2017.

Terselit cerita bebanan emosi yang dialami setelah kehilangan bonda tercinta. Kejatuhan emosi menyebabkan sukar untuk beliau bangun saat bisnes merundum semula akibat krisis ekonomi yang dialami negara.

Buku ini diterbitkan pada April 2018.

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan – Mahanom Mohammad, 1968-

KONTRAKTOR JALANAN : Bangkit Berani Terbang Tinggi /MAHANOM MOHAMMAD.

ISBN : 978-967-15135-1-4

1. Entrepreneurship. 2. Success in business.

I. Judul

338.04

Diterbitkan oleh Mahanom Mohammad

Kulit depan oleh Axpic PLT, www.axpic.my

Dicetak oleh Senang Terbit PLT, www.senangterbit.com

Harga Termasuk Pos : SM – RM35.00 / SS – RM40.00 

Saiz : 135mm x 180mm

Berat : 135gms

Jumlah Mukasurat : 150ms


MAAF – BUKU INI TELAH KEHABISAN STOK.


 

(Visited 322 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.