Kontraktor dan Tukang. Ada bezakah?
Ada. Sangat beza.
Siapakah yang ubahsuai dan bina rumah yang keluarga anda bakal diami? Kontraktor atau tukang?
Bertukang memerlukan kemahiran skil. Perlu ada ilmu pengetahuan tentang apa yang ditukangkan. Lebih cantik jika ada pengalaman.
Kemasan akhir luaran binaan anda, dilakukan oleh tukang. Begitu juga ‘kerja teknikal’ disebalik kemasan akhir itu, pun dilakukan tukang.
Tukang selalunya bekerja untuk kontraktor. Upah mereka dibayar kontraktor. Kerja mereka diawasi kontraktor. Kemahiran mereka
selalunya terbatas.
Tukang ikat batu yang bagus tidak bermakna mereka juga tukang lepa simen atau tukang cat yang bagus juga.
Kontraktor adalah mereka yang bertanggungjawab secara total. Mereka pastikan bangunan dibina mengikut spesifikasi teknikal dan kemasan yang betul.
Kontraktor memastikan rumah anda selamat didiami keluarga. Lama bertahan. Dan mudah diselenggara dimasa hadapan.
Kontraktor menguruskan segala dokumentasi dan pematuhan. Berurusan dengan pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah, kemasukan air dan lektrik dan sebagainya.
Kontraktor juga memastikan bahan sisa kerja dibuang ditempat sepatutnya. Berurusan dengan pembekal dan tukang-tukang yang bekerja membina kediaman anda.
Malah kontraktor juga akan memastikan kehidupan jiran tetangga tidak terganggu dengan bunyi bising, habuk, atau sebarang masalah sosial yang ditimbulkan oleh tukang-tukang mereka.
Selain dari punya pengetahuan teknikal, kontraktor perlu pastikan struktur dibina mengikut ciri bangunan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh mereka yang berkelayakan.
Bukan itu sahaja, jika terdapat percanggahan antara spesifikasi dan keadaan tapak projek, ia perlu segera dibetulkan.
Ini kerana pelanggan hanya dapat melihat kemasan diluar tanpa mengetahui samada strukur dalaman selamat dan mudah diselenggara.
Pelanggan hanya dapat melihat dinding bercat cantik tanpa mengetahui bagaimana batu diikat dan dilepa.
Hanya dapat melihat plug point tanpa ketahui bagaimana dan dimana wayar elektrik ditarik dan disimpan. Hanya dapat melihat kemasan lantai tanpa tahu apa disebalik lantai yang dipijak setiap hari.
