Kontraktor Ali Baba

Pengalaman bekerja dalam industri pembinaan sebelum ini menemukan saya dengan ramai kontraktor dari pelbagai lapisan. Dari kontraktor kelas tinggi hingga kontraktor kelas bawahan.

Terdapat jurang ketara antara kelas kelas ini. Profesionalisma perkara utama membezakan cara mereka bekerja dan berurusan dengan pelanggan.

 

Kesalahan besar kami lakukan kerana sentiasa berfikir pasaran kerajaan itu khas untuk kroni sahaja.

Ketika mula berjinak dalam bidang ini, tumpuan kami hanyalah pasaran swasta sahaja. Kesalahan besar kami lakukan kerana sentiasa berfikir pasaran kerajaan itu khas untuk kroni sahaja.

Sehinggalah kami tersangkut dengan bayaran apabila tidak sengaja memberi perkhidmatan kepada satu institusi yang disangkakan kolej swasta. Rupanya ia adalah satu entiti dibawah satu kementerian. Syarikat perlu didaftarkan segera di PKK bagi melepaskan bayaran yang tersangkut itu.

Mahu pendaftaran diluluskan segera, maka Emartech didaftarkan dibawah Kelas F, kelas terendah dalam industri. 

Ketika itu terdapat 45,000 kontraktor Kelas F seluruh Malaysia. Di Wilayah Pesekutuan sahaja terdapat lebih dari tiga ribu kontraktor kelas F sah berdaftar.

Dari segi perolehan kerja, semua Kontraktor Kelas F sama. Tapi dari segi minda berniaga, kami banyak berbeza.

Walaupun jumlah kontraktor sangat padat, persaingan bukanlah satu masalah besar ketika itu kerana kerajaan mengujudkan banyak kerja kecil. 

Dari segi nilai kerja, semua kontraktor Kelas F dibenarkan untuk membuat kerja semaksima RM200K.

Dari segi nilai perolehan kerja, semua kontraktor kelas F sama.

Tapi dari segi minda, kami banyak berbeza.

 

Ada yang berminda towkey, dapat kerja, turun padang pastikan kerja dibuat ikut spesifikasi. Secara rawak saya katakan hanya 20% kontraktor dalam kategori ini.

Ada yang berminda pekerja, lesen dipegang oleh majikan. Dapat projek, beri majikan uruskan. Dapatlah upah gaji dihujung bulan. 

Tambahan komisyen bagi setiap projek yang diperolehi dari lesen atas nama mereka.

Ada yang lesen dipegang oleh majikan. Dapat projek, beri majikan uruskan. Dapatlah upah gaji dihujung bulan.

Tapi yang paling ramai adalah minda Alibaba, dapat projek terus jual pada orang lain. 

Berpuas hati dan tunduk syukur dengan komisyen yang diterima.

Kontraktor Ali Baba berharap gantung sepenuhnya pada projek kerja undi.

Bila kerja undi tiada, mereka pun berkubur begitu sahaja.

 

(Visited 143 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *