Bila ada yang tanya apakah paling trendy dalam industri binaan, jawab saya adalah Pendaftaran G1 dibuka semula.
Industri binaan adalah satu industri yang mempunyai rantaian eko-sistem yang paling besar jika dibandingkan dengan industri lain.
Ia juga industri yang melibatkan banyak compliance atau peraturan yang melibatkan pihak ketiga selain dari pemberi kerja itu sendiri.
Malah ia juga industri yang paling digemari oleh orang politik kerana dengan networking yang ada, projek kerajaan mudah dibolosi.
Semalam saya hadir satu majlis berkaitan kontraktor. Kehadiran saya adalah untuk menyuntik motivasi kepada peserta yang hadir.
Saya difahamkan rata-rata peserta adalah wajah baru dalam industri.
Baru-baru nak lahir.
Perkongsian saya lebih kepada cara memulakan bisnes kontraktor dengan betul dan bagaimana mahu sustain dalam apa jua keadaan ekonomi.
Semasa ekonomi baru nak tumbuh, carilah peluang kerja dalam pasaran swasta, kumpulkan pengalaman. Bila ekonomi sudah baik, akan ada banyak peluang dalam pasaran kerajaan dan komersil yang lain.
Masa itulah bergerak masuk ke pasaran itu dengan pengalaman yang sudah ada.
Kerana pengalaman membantu kita memberi kerja yang lebih berkualiti.
Jadi penyumbang kepada industri dengan tambah baik nilai sedia ada supaya industri dapat tumbuh sihat dan pesat.
Ingat satu ini,
Lesen adalah amanah.
Bukan untuk disalahgunakan menjadi proksi atau alibaba. Apatah lagi disalahguna oleh orang politik.
Amanah itu ringan dibibir, tapi berat dibahu.
Lesen juga mampu menjadi aset mahal, bila betul dimanfaatkan.
Supaya, satu hari, bila sampai masa kita mahu berehat dari industri ini, bisnes kita boleh dijual pada harga tinggi dengan nilat aset yang kita bina melalui lesen kita.
Sudah dapat lesen nanti, jalankan amanah yang diberi.
Amanah menjalankan kerja pelanggan.
Amanah membayar gaji pekerja.
Amanah membayar sub kont dan pembekal.
Jalankan tanggungjawab sebagai pembayar zakat dan cukai.
Tambahkan ilmu setiap masa kerana ilmu baru sentiasa lahir setiap hari.
Dengan ilmu kita berlari.
Dengan ilmu kita tahu dimana mahu berhenti.
Knowledge is not only power, knowledge is profit.