Klien akan rasa marah, apabila dia tidak mendapat apa yang kontraktor telah janjikan kepadanya. Terutama apabila janji itu diberikan kontratkor sebagai satu timbal balik kepada apa yang dia minta dari klien – selalunya dalam bentuk bayaran.
Kontraktor akan memberikan janji bulan bintang dengan harapan klien dapat membuat pembayaran segera. Dalam bersungguh-sungguh memberi janji, kontraktor akan meletakkan segala effort mereka.
Tiada internet pun mereka sanggup panjat bumbung untuk dapatkan line.
Mata mengantuk pun, mereka sanggup berjaga.
Badan penat sangat pun, mereka berusaha sedaya upaya.
Kerana mengharap klien memenuhi permintaan mereka.
Tetapi saat klien memenuhi harapan mereka – dan kontratkor mendapat apa yang mereka mahu – pada saat itulah, tiba-tiba kontratkor hadapi sejuta masalah untuk kotakan apa yang mereka janjikan.
Tiba-tiba bumbung terlalu licin untuk dipanjat untuk dapatkan line intenet.
Tiba-tiba tertidur tak sedar dunia untuk bangun laksanakan apa yang dijanjikan.
Tiba-tiba badan terlalu tidak berdaya dan hampir nak kena stroke untuk penuhi janji sendiri.
Selepas klient bersungguh-sungguh memenuhi hajat mereka, tiba-tiba kontraktor bertukar 180 darjah mencari-cari perlbagai alasan untuk mungkar pada janji sendiri.
Bila klien tanya, bila kontraktor hendak penuhi permintaannya pula, setelah dia memenuhi permintaan kontraktor.
Kepada klien – kontraktor membentak dan berkata, “boleh sabar tak?!!!”
Ketika dia bersungguh-sungguh meminta bantuan pada klien, dia sanggup duduk 4 jam di hadapan klien merintih-rintih minta hajatnya dipenuhi. Tetapi setelah hajatnya dipenuhi, dia jadi manusia yang
Pada fasa itu, sudah pastilah klien akan rasa tertipu. Bukan sahaja rasa tertipu tetapi rasa telah diperbodohkan.
Maka apabila klien marah, asbabnya bukan kerana dia tidak sabar.
Tapi kerana harapannya dipijak-pijak kontratkor, setelah harapan kontraktor dia penuhi.
Berhati-hatilah memberi harapan kepada klien. Dan penuhilah harapan mereka setelah harapan sendiri yang tinggi menggunung telah disempurnakan klien tadi.
Mahanom Mohammad