Kita dan Orang Lain

Bila kita guna Al Quran sebagai rujukan utama, kita akan menangis bila baca ayat ini.
.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri,” (QS. Ar-Ra’d:11).
.
Virus paling besar dalam industri binaan bila pemegang lesen tiada minda usahawan. Ini yang saya tekankan pada persatuan dan PKK semenjak tahun 2006 lagi. 
.
Masalah paling besar dalam diri sebahagian kontraktor kelas F adalah, apabila rasa ilmu marketing tidak perlu. 
.
Yang wajib ada hanya desak kerajaan adakan kerja cabut undi setiap masa supaya mereka hanya perlu berpeluk tubuh tanpa perlu susah-susah berusaha.
.
Kemorosotan yang berlaku pada ramai kontraktor Kelas G adalah bila mereka masih diulit mimpi.
.
Tidak mahu faham apa itu customer journey, apa itu nilai perkhidmatan yang pelanggan mahukan, apa itu marketing digital, apa itu ekonomi baru, apa itu critical thinking, apa itu inovasi, apa itu citp, dan pelbagai perubahan yang pesat berlaku semenjak 5 tahun yang lalu.
.
Cara pelanggan membeli tidak kira sektor kerajaan atau swasta sudah lama berubah. 
.
Cara pelanggan memilih juga sudah banyak pilihan.
.
Cara melobi, kartel, kroni, rasuah dan strategi tak patuh syariah itu hanya pilihan. Jika iman masih berkiblatkan dunia, silalah pilih cara ini untuk dapatkan wang untuk beri ibu bapa, anak dan isteri makan nanti.
.
Pilihan pemberi kerja sekarang sudah mula ke arah lebih berintegriti. Terutama setelah SPRM aktif dapatkan maklumat dari segenap sudut dan cara.
.
[Hati-hati beri komen, posting saya dibaca oleh ramai penguatkuasa.]
.
Kemunduran ramai kontraktor islam pula, sudahlah tiada minda usahawan, cakap pula macam orang tiada iman. 
.
Fikir rezeki itu kerajaan yang tetapkan. Masa yang ada hanya bersidai sana sini, tidak mahu belajar hakikat Allah itu Maha Kaya dan setiap rezeki sudah ditetapkan bagi setiap kita. 
.
Yang perlu dibuat hanyalah berusaha dapatkannya dengan jalan yang Dia suka.
.
Mahu pilih jalan yang Dia murka pun, silakan. Itu level iman masing-masing. 
.
Apabila lintasan hati berkata, sebutir nasi kena kongsi ramai-ramai, maka jadilah diri dalam golongan sebutir nasi kena kongsi ramai-ramai kerana bersangka rezeki begitu. Allah beri apa yang kita sangka pada Dia. Maka janganlah mengeluh kerja asyik tiada kerana lintasan hati yang Allah makbulkan.
.
Kepeningan pegawai jabatan adalah apabila perlu berurusan dengan kontraktor yang tidak tahu SOP. Hantar invois pun macam hantar surat permohonan nak dapatkan biasiswa. Siap ada ayat ‘kepada pegawai yang bertugas, dengan ini kami serahkan bil untuk bayarab..bla..bla..bla’. 
.
[Jangan ketawa, ini benar-benar kejadian.]
.
Itu belum technician turun padang tengok kerja tak ikut prosedur.
.
Belum lagi nak geleng kepala, bila cabut undi, nenek nenek dan datuk datuk bertongkat mengigil sain surat tawaran kerja.
.
Kerugian besar bagi industri pula adalah apabila telah keluarkan banyak wang dan tenaga membangunkan anak bangsa melalui pelbagai program di sekolah, kolej dan universiti, memberi pelbagai sijil tanda mereka kompetensi.
.
Tetapi….
.
Menyekat skil yang anak muda ini pelajari dengan menutup pagar tidak benarkan bakat-bakat ini menyumbang kebolehan mereka dalam industri yang dahagakan kerja berkualiti.
.
Apabila saya cuba sedarkan kontraktor kecil bahawa pasaran kediaman dan residensi adalah besar, mereka hanya ketawa. 
.
[Ketua mereka kata, saya tak tahu apa yang saya cakap.]
.
Mereka rasa hak bumiputera yang mereka ada sangat istimewa hingga tiada keperluan bersaing dalam pasaran membina, mengubahsuai dan membaiki kediaman orang kita.
.
Bila pasaran kediaman ini dimonopoli oleh warga asing, sebahagian dari mereka marah pula. Macamlah kerja cabut undi yang mereka dapat itu tidak dijual kepada warga asing ini untuk mereka dapat untung atas angin.
.
Apabila saya galakkan anak muda jangan menunggu peluang kerja, mereka ambil inisiatif bermain dalam padang pasaran swasta. Masalah mereka hanya satu. 
.
Lesen.
.
Walaupun masyarakat dihiburkan dengan dendangan G1 telah dibuka, yang tidak dinyatakan adalah lesen buat kerja dan lesen bumiputera masih tidak diberi. 
.
Bagaimana anak muda kita mahu luaskan bakat mereka menyumbang membaiki kuarters kerajaan jika mereka dinafikan hak untuk dapatkan lesen buat kerja dan lesen buniputera ini?
.
Untuk dapatkan lesen yang sempurna, mereka perlu dapatkan lesen G2 ke atas.
.
Bayangkan jika ada anak anak muda, baru grad, mahu jual goreng pisang di pasar tani, dinafikan masuk ke pasar tani dan di paksa memulakan perniagaan pertama di shop lot yang perlukan lebih besar modal.
.
Itulah yang sebahagian ikan bilis seperti saya perjuangkan.
.
Beri anak muda yang ada bakat ini sumbangkan kualiti kerja mereka dalam pasaran kerajaan bermula dengan lesen G1.
.
Andai tuan puan ada minda tongkat, suka rasuah, buat lesen untuk mak, ayah, kakak, abang, menantu, besan, besen dan baldi dengan tujuan kaut kerja untuk tengkolok sendiri, jangan fikir orang lain pun macam tuan puan juga.
.
Kita balik esok, nak jawab pada Allah apa yang kita buat sebagai khalifah yang diutuskan di bumi ini.
.
Bukan nak bawa lesen masa kena talkin nanti.

Bacaan Asal

(Visited 50 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *