Bila Kontraktor Hadap Kerja Segera

Aircond pelanggan tiba tiba tidak sejuk. Mereka minta datang repair segera. Kerja urgent begini, nak keluarkan sebutharga, memanglah tak sempat. Nak bagi harga pun susah kerana tidak tahu apa yang akan dibaiki. Tapi, risiko juga bila kerja dah siap pelanggan terperanjat tengok harga mahal pula.

Newbie kontraktor memang serba salah bila begini.

Sebutharga adalah satu dokumen rasmi digunakan untuk memaklumkan pada pelanggan tentang jenis kerja, harga dan syarat yang ditawarkan. Jika pelanggan setuju dengan sebutharga tersebut, barulah kerja akan dibuat.

Kebiasaanya, kerja urgent, kontraktor akan diminta buat dahulu. Selesai buat, hantar invois terus. Masalah yang selalu timbul adalah bila pelanggan mula menyoal harga yang diinvoiskan.

SOPnya mudah sahaja.

Beritahu pelanggan, kita perlu diagnose atau cari punca masalah dahulu. Yang ini tidak tahu berapa lama. Boleh jadi 5 minit, boleh jadi sampai 5 jam. Bergantung kepada teknikaliliti masalah.

Andaikata 5 minit, ini harganya. Andaikata 5 jam, ini pula harganya. Harga untuk diagnose sahaja. Setuju tak? Sekiranya pelanggan tidak bersetuju dengan harga tersebut, kita boleh putuskan untuk tidak meneruskan pencarian punca kerosakan.

Apabila pelanggan bersetuju dengan makluman tersebut, keluarkan Borang Kerja Siap, catatkan anggaran harga yang dipersetujui untuk mencari punca kerja, minta pelanggan tandatangan kecil pada harga tanda setuju. Barulah mulakan kerja pencarian punca masalah.

Selepas diketahui punca masalah, maklumkan jalan penyelesaian dan anggaran harga. Sekiranya pelanggan tidak bersetuju, kita boleh putuskan untuk tidak membaiki kerja. Minta pelanggan bayar harga mencari kerosakan seperti yang dicatitkan dalam Borang Siap Kerja tadi.

Tetapi apabila pelanggan bersetuju, catatkan anggaran harga tersebut di Borang Siap Kerja, minta pelanggan tandatangan kecil pada harga tanda setuju. Barulah mulakan kerja membaiki.

Setelah siap kerja dan ada perbezaan pada anggara harga awal, maklumkan pada pelanggan dan ubah harga sebenar pada borang asal.

Minta pelanggan tandatangan Borang Kerja Siap tanda kerja telah sempurna.

Kemudian keluarkan bil atau invois untuk pelanggan bayar perkhidmatan yang telah dikenakan.

(Visited 543 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *