Ini untuk kontraktor BBNU.
Prosedur apabila berlaku kemalangan yang tidak diingini dalam kawasan tapak kerja.
Beri perhatian pada response time.
- 1 minit pertama – jangan beri apa-apa kenyataan awam pada orang awam atau media. Minta mereka datang semula dalam 30 minit kemudian.
- 5 minit yang pertama, Beri keutamaan pada nyawa mangsa, (jika ada kemalangan melibatkan kecederaan). Hubungi ambulan atau hantar ke klinik berdekatan. [Itu sebabnya antara audit tapak kerja dalam kerja-kerja awalan adalah ambil tahu lokasi masjid, tandas, rumah tok penghulu, klinik, balai polis, atm dan kedai hardware].
3. 10 minit pertama, pagar segera kawasan kemalangan dengan pita reflektif berwarna:
i – Pita merah putih supaya kawasan itu tidak dimasuki orang awam kecuali pekerja tapak sahaja.
ii -Pita hitam kuning sekiranya kawasan melibatkan kes jenayah dan hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk kerana boleh mengganggu bahan kes bukti.
4. 15 minit pertama, catatkan kerosakan yang berlaku, kesan kerosakan pada orang awam, pelanggan dan pekerja. Ambil gambar sebagai rujukan. Segera senaraikan langkah berjaga-jaga, cadangan pembaikan tercepat dan anggaran kos pembaikan.
5. 20 minit pertama, telefon ejen insuran. Minta nasihat langkah-langkah perlu dilakukan. Minta ejen turun segera untuk buat laporan polis bersama-sama.
6. 30 minit pertama, telefon pelanggan dan maklumkan mengenai
i – kemalangan
ii – kerosakan
iii- langkah-langkah sementara yang telah dilakukan.
iv – Cadangan pembaikan, tempoh masa pembaikan dan anggaran kos.
v – Ancaman krisis terutama melibatkan kerosakan reputasi dan imej projek dan pelanggan
vi – Maklumkan akan buat polis report dan berikan laporan dalam masa 6 jam.
7. 45 minit pertama – buat laporan polis
8. 1 jam pertama – minta maklumbalas ejen insuran mengenai gantirugi dan pampasan yang dituntut can cara menuntutnya.
9. 3 jam pertama – buat laporan bertulis pada pelanggan. Beri sebutharga kerja pembaikan pada pelanggan.
– Sekiranya kerja pembaikan ditanggung oleh pelanggan, dapatkan kelulusan pelanggan sebelum memulakan kerja-kerja pembaikan.
– Sekiranya kerja pembaikan ditanggung oleh insuran, dapatkan pengesahan dari ejen insuran dahulu.
– Sekiranya kerja pembaikan ditanggung oleh kontraktor, dapatkan kelulusan melakukan kerja-kerja pembaikan dari pelanggan terlebih dahulu.
Kemalangan tanpa diduga boleh berlaku di mana-mana termasuk kawasan kerja. Kesan kemalangan sangat besar hingga boleh memberi implikasi projek diarahkan berhenti.
Kemalangan boleh berlaku atas faktor cuaca, bencana alam ataupun kecuaian manusia tidak kira dari orang awam, pelanggan atau kontraktor sendiri.

Pastikan SOP menghadapi krisis kemalangan ada ditulis atau dilukis carta aliran. Ia penting untuk rujukan.
Ia juga menunjukkan kita ada aras kualiti dalam melaksanakan projek pelanggan.
