Kontraktor perlu mengasah kemahiran menulis bagi menarik minat bakal pelanggan membaca kandungan konten dalam media sosial mereka. Kandungan konten yang menarik dapat menyakinkan prospek tentang perniagaan mereka seterusnya melantik mereka menjadi kontraktor pilihan.
Bengkel K106 adalah satu bimbingan bagi kontraktor yang mahu mengasah kemahiran menyediakan konten berbentuk penulisan untuk kandungan media sosial mereka.
Ia bermula di Pulau Pinang, kemudian secara kecilan di Melaka dan dijadikan sebahagian kandungan konten daripada Program Digital Marketing Mastery for Contractor anjuran Pusat Latihan MARA, PUSMA Kelantan.
4 Sebab Mesti Mahir Konten Penulisan
1. Penulisan yang baik dapat mengikat hati pembaca sekali gus membina kepercayaan antara kita dan mereka.
2. Penulisan yang bermutu pula dapat membantu membina jenama.
3. Penulisan yang menggunakan perkataan yang tepat dapat menjadikan tulisan kita dijumpai oleh pelanggan yang menggunakan enjin carian dalam pencarian mereka.
4. Penulisan yang bermanfaat akan disebarkan dan membuka peluang ramai prospek mengenali perniagaan kita.
Objektif Bengkel
Setelah menamatkan bengkel ini , peserta akan dapat:
a. Proses mengubah konten sedia ada kepada konten berinformasi dan teknik berhadapan dengan F&F sedia ada.
b. Membangunkan jenis-jenis konten sesuai dengan strategi menarik pembaca biasa menjadi prospek dan menukarkan mereka menjadi pelanggan pula.
b. Membuat pelan berjadual sesuai dengan masa dan jenis konten untuk mengisi penulisan dalam media sosial.
c. Mengawal tingkah laku Friends, Family, Fans, Followers dan Haters bagi memastikan flow penyampaian konten tidak terganggu.
4 Resipi Menulis Konten Berpengaruh
-
Menjana idea dan menyediakan bank konten.
-
Kenali tingkah laku pembaca yang suka tulisan berbeza seperti teknikal, berstruktur, santai dan ringkas.
-
Kenalpasti objektif konten samada untuk sebaran umum, menambah F&F, engagement atau menjual.
-
Cara menyampaikan mesej yang padat, kepada pelanggan yang tepat, pada masa yang singkat.
Jadual Bengkel K106
Selasa – 5 /11/2019 – Bilik Training, Tingkat 1, Bangunan MARA Kota Bharu, Kelantan
Selasa – 12/2/2019 – Bilik Training, Plot 11A, No 21-1, Pusat Komersial Sunway Perdana, Jalan Todak 6, Seberang Jaya, 13700 Prai, Pulau Pinang.