“Puan, K101 tu apa?”
K101 itu ‘baby’ saya. Ia adalah platform digunakan untuk ‘mencuci’ pemikiran anak muda yang takut mahu masuk dalam pasaran kerajaan kerana pelbagai ajaran sesat yang dibawa. Ajaran paling sesat adalah perlu merasuah untuk mendapatkan kerja.
Rasuah adalah pilihan. Ia pilihan bagi mereka yang percaya rezeki itu datang dari rasuah. Ia juga satu strategi. Strategi yang tidak patuh syariah dan dimurkai Allah.
Bagaimana mahu dapatkan projek tanpa rasuah?
1. Percaya pada Qada dan Qadar. Bahawa projek itu bila telah ditetapkan untuk kita, dengan rasuah pun akan dapat, tanpa rasuah pun akan dapat.
2. Amal maruf nahi mungkar. Usah layan mereka yang minta. Usah takut perangi mereka. Kita ada Allah. Usah risau kena blacklist. Usah gentar tidak dapat kerja. Kerja kita hanya usaha. Allah tidak kejam. Allah tidak zalim. Hanya kita yang suka menzalimi diri sendiri.
3. Usaha dengan bijak. Belajar pengurusan bisnes. Belajar ilmu marketing. Belajar pengaruhi pelanggan untuk mereka suka membeli, lagi dan lagi. Hingga mereka rindu. Hingga mereka bangga rekomen kita pada rakan dan keluarga mereka.
K101 adalah satu komuniti kecil dalam industri yang membawa core value atau teras nilai integriti.
Alhamdulillah K101 2018 berjaya menarik otai otai juga untuk bersama komuniti kecil ini.
Dan magnetnya kuat hingga menarik usahawan dari industri lain untuk bersama juga.
Apa signifikan usahawan lain ikuti K101?
Besar. Mereka dibuka minda untuk menjual produk ke pasaran lebih besar dengan mendaftar di bawah Kementerian Kewangan, dan dapatkan sijil MOF.
Mahu bersaing masuk pasaran kerajaan dengan semangat waja.
Inilah wajah kontraktor berbakat. Sudah bersedia untuk mara. Mereka tidak perlu tongkat, kerana ilmu marketingnya sudah ada di dada.