K101 Always Be My Baby

Terjumpa pula posting ni masa search K101.

K101 always be my baby. Kenangan berkongsi ilmu dan cara kontraktor berniaga dengan pelapis industri terlipat cantik dalam memori.

Yang zero knowledge sekurangnya mereka tahu bagaimana bermula dengan betul. Yang pening kepala, sekurangnya mereka nampak dinding mana yang telah terlanggar.

K101 Road Tour

K101 bawa saya jelajah hampir seluruh Malaysia kecuali Perlis, N9 dan Sarawak.

K101 kenalkan saya dengan ramai pemain industri, bukan sahaja newbie, malah otai-otai juga. Ada yang bawa anak-anak mereka duduk dalam kelas sekali untuk belajar uruskan perniagaan kontraktor mereka kelak.

Integriti adalah benih yang saya tanamkan pada alumni K101. Baja dan siram dengan nasihat dan ingatan agar jauhi rasuah, jauhi broker, jauhi benda yang Allah murka.

Cari circle yang betul. Yang pimpin tangan kita ke syurga.

Sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Berlari walaupun hanya dengan langkahan kecil. Penat berhenti dahulu, rehat sebentar dan teruskan berlari hingga sampai ke destinasi.

Yang hampa sebab tak sempat hadir 18 kelas K101 yang saya buat tahun 2017, 2018 dan 2019, tak payah kalut hampa sangat.

Arkib K101

Semua konten K101, saya sudah kumpul dan jadikan ia e-book dalam 5 modul.

E-book setebal 250ms Size A4 ini, harganya RM150.

Kemudian ada yang minta kami cetakkan. Maka tambahan kos cetak ebook menjadi buku dan pos laju kami kenakan RM100 lagi.

Namun kerana saiz e-book itu berat dan sukar di emel maka kami terus cetak mengikut permintaan dan terus letakkan harga RM200. Jimat RM50.

Boleh dapatkan di sini

Dan, bagi yang mahu mengikuti Kelas secara virtual pula, boleh belajar dengan mendaftar di sini

Syukuri segala nikmat yang kita dapat hari ini.

Bagi anak-anak muda yang baru nak belajar cara uruskan bisnes kontraktor, pilih sahaja mahu baca Nota Catatan Kontraktor ini book atau ikuti kelas secara virtual melalui FB Secret Group.

Pandaikan diri agar tidak lagi terlanggar dinding atau masuk perigi buta semasa berniaga.

Sakit tau langgar dinding dan jatuh masuk perigi buta sebab tiada ilmu di dada.

(Visited 89 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *