MCIEA adalah Anugerah Kecemerlangan yang dianjurkan oleh CIDB bagi mengiktiraf organisasi yang menampilkan kecemerlangan, daya kreatif dan kesungguhan dalam industri pembinaan.
Proses pemilihannya melibatkan sistem dan operasi serta penampilan amalan yang digunapakai.
Emartech dari hari pertama beroperasi telah menekankan INTEGRITI sebagai satu tunggak asas untuk kelestarian perniagaan yang berpanjangan.
Ini adalah pencapaian terbaik Emartech. Kejayaan pada hari ini adalah kerana matlamat kami jelas untuk terus berkembang pesat dan bersinar dalam industri pembinaan disamping menjadikan integriti sebagai tonggak asas dalam melestrarikan kecemerlangan kami dan hasil usaha gigih pasukan Emartech.
Pengiktirafan ini khas kepada semua tenaga kerja Emartech serta rakan niaga yang tidak berhenti menyokong kami.
MCIEA 2016, G1 – Pengiktirafan Khas – tahun ini Wilayah Persekutuan yang punya.